NASI LEMAK DAUN PISANG & KUEY TEOW GORENG BERBUKA & BERSAHUR 28 & 29 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

NAMPAKNYA di penghujung Ramadhan ini semakin malas hendak memasak. Menu berbuka dan bersahur semalam, seratus peratus dibeli dari Param 😂.


Iman kata, hari tu masa pergi pasar Taman U, nampak orang jual Pais Patin, tapi tak ada pulak meniaga semalam. Sudahnya, ikut sajalah menu Pak Inche yang pesan belikan Nasi Lemak Daun Pisang. Ambil Sambal Kerang dua bungkus, udang sebungkus, Iman kata, nanti tak cukup, beli extra sambal sotong sebungkus. Sedap nasi dan sambalnya.


Pak Inche pulak beli Kuey Teow Goreng dua bungkus.


Pelbagai kuih talam, tapi tak jumpa orang jual onde-onde, hehehe.


Seratus peratus dari param. Pak Inche beli hati ayam goreng.


Nasi Lemak Sambal Kerang.


Iman minta Tauhu Bergedil Daging dan Taufufa. Tauhu 10 ketul RM12.


Kuey Teow Goreng bawa ke sahur sebab semua dah kenyang makan nasi lemak dan tauhu bergedil. 


Sk dah mula merendang la kita pagi ni.. kot raya esok taklah kalut 😂.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya dah 2,3 hari duk panaskan lauk leftover frozen kak...nk kosongkan peti ais sebelum balik kg...
    merendang awal tak kalut

    ReplyDelete
  2. psstt tahun ni raya johor je ke? Selamat Hari raya SK...eh eh rendang bole la pass sket kat kita hahah

    ReplyDelete
  3. Kita dah siap merendang. Dah difrozenkan. Raya nanti tak kalut.

    ReplyDelete
  4. merendanglah sebelum kamu direndangkan!

    ReplyDelete
  5. Tergelak baca komen uncle gedek. 😁 Lama tak makan nasi lemak daun pisang.

    ReplyDelete
  6. PH ni dok pikir tak habis lagi, nak merendang ke tidak ni haha ..
    Ujung² ni memang dah takde idea dah, masak mmg ala kadar sungguh...lebih kpd nak clear-kan peti ais hihi ..

    ReplyDelete
  7. Ingatkan SK masak nasi lemak daun pisang🤣
    Baru nak puji ..tapi dah kata 100%Paran..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!