BISKUT DAHLIA MAMACELLA, KEK LAPIS SARAWAK SELERA SAKURA & TEMPEYEK SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

WALAUPUN dah dapat banyak biskut raya pemberian dari klien Pak Inche dan Sk, Sk tetap membuat tempahan biskut dan kek dari rakan blogger dan rakan sekerja. 



Antara yang wajib, Tempeyek Segamat ni. Ejennya Rafidah, memang tiap tahun mesti beli. Untuk rumah sendiri dah wassalam ya, tak sempat tetamu merasa. 


Kek Lapis Sarawak Selera Sakura.. pun wajib. Ada juga tahun yang Sk terlepas pandang Cik Sun buka tempahan, tahun ni awal-awal dah ingatkan Cik Sun agar whatsapp Sk bila tempahan Kek Lapis Sarawak dibuka. Tak sampai berapa jam, tempahan ditutup dah. Dapat jugaklah Sk menempah, saja nak makan sendiri sebenarnya, hahaha 


Tiap tahun nampak Mamacella post tentang Biskut Dahlia yang dibuat untuk regular customer. Kalau ada regular customer tu mesti sedap, kan. Terima kasih Mamacella aka Mak Ngah kerana selitkan jugak buat Biskut Dahlia ni untuk Sk. Cella jadi runner hantar pada Cikwa. Tapi ada masalah teknikal pulak bila Cikwa tertinggal handphone. Mujur Cella ambik tindakan bijak letak di pondok pengawal. Rasa biskut dahlia ni memang macam dulu-dulu la, wangi dan cair di mulut 😋 Tahun depan nak lagi tau Mak Ngah 😂.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah... Mesti sedap! 😋

    ReplyDelete
  2. Bagusnya pesan rasa air tangan bloggers.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. Tahun ni kita takde beli rempeyek tapi beli snek peria hahahaha.. semua datang makan semua pelik hahaha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,..
    Jangan serik tau..
    Kalau sedap bagitau kawan...kalau tak sedap PM tepi tau🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!