Assalamualaikum WBT
TAK sabar betul tunggu hari Khamis, sebab hari Khamis balik pukul 2.30 petang.. hehehe.
Semalam, berbuka solo lagi. Ini kali kedua melempeng dalam tempoh dua minggu berpuasa. Tak tahulah kenapa Sk memang suka sangat la makan lempeng, hahaha. Kali ni, kurangkan sedikit adunan dan lebih cair. Sk jugak sengaja bagi lempeng garing, walaupun begitu lempengnya tetap lembut, tengoklah tu, beralun-alun, kan.. hihi. Kan hari tu dilema, nak makan Lempeng dengan Sambal Sardin atau Sambal Tumis, tapi masa tu, Sk lebih terliur nak makan dengan Sambal Tumis Bilis.. tapi tetap tanam azam, nanti kena jugak buat Lempeng Sambal Sardin, hehehe. Jadi tujuan masak Sambal Sardin kelmarin agar kemudiannya boleh pulak makan dengan lempeng, hehehe. Bahagia sungguh ya bila dah dapat.
Pak Inche semalam berbuka puasa dengan MRT Corporation di Holiday Inn. Dalam perjalanan tu, dia terfikir singgah tepi Jalan Wong Ah Fook tu, kemudian dia pergi tapau Capati. Bagus jugak, boleh makan sahur, walaupun dah tengah malam tu dia cakap lapar, Sk buat-buat tak faham aje.. sebenarnya dia minta bukakan capati tu, hihi.
Satu set capati ada dua keping datang dengan sebungkus Keema. Sahur tadi SK panaskan dulu capati kemudian baru panaskan Keema.
Dari berbuka puasa sampai sahur dok makan tepung, hahaha. Sk pulak memang tak masak nasi semalam. Hari ni kenalah makan nasi, tapi dok fikir nak masak lauk apa ek??? Ke... nak suruh Pak Inche tapau??? Hahahaha.. mana dia mambang rajin, cepatlah pulangggg! Toksahlah lama-lama kat sanuunnnn.. 😜
Sekali mambang rajin balik terus x cukup tangan nanti...hahaha...nampak sedap plak lempeng kan...tapi paling pandai buat lempang kat rumah tu Pak Zain...dia tgh x sihat plak tu
ReplyDeleteweii sedap gak makan lempeng kan... adoiii ni yg rasa nak melempeng jap lagi ni hahaha
ReplyDeleterasa nk melempeng jga bila tgk ni he hee kan sodappp ni buat berbuka ada cicah
ReplyDeletebr je lepas tengok khairul aming buat roti puri cicah sardin masuk sini tgk menu akak pun sardin juga,nampak gayanya berjangkit juga ke Kuantan ni
ReplyDeleteSedap tengok SK melempeng. Marilah kita melempeng beramai-ramai. Kat rumah ni pun, dah ada sambal tumis. Hehe..
ReplyDeleteFuh.. Lempeng, capati, makanan kegemaran saya tu
ReplyDeleteMacam nak jadi idea iftar saya petang ni ja tu..Ada jemputan berbuka tapi tengah fikir nak pi ka dak
ReplyDelete