Assalamualaikum WBT
DAH masuk 4 Syawal, dah 4 hari kita berhari raya. Sejak malam kelmarin, Sk berada di Petaling Jaya selepas meraikan Aidilfitri bersama ipar duai di Rawang dan tengahari nanti akan pulang ke Tanah Jauhar.
Untuk makan-makan raya tahun ini, kami adik-beradik bersetuju untuk menyediakan hidangan Aidilfitri secara potluck. Sk pilih untuk sediakan Rendang Daging dan Sambal Cengeng.
Rendang Daging Sk.
Sambal Cengeng Sk. Ni Sambal Kacang sebenarnya tapi kami panggil Sambal Cengeng sebab kalau makan ni, air mata, air hidung mesti keluar, sedap sangat katanya 😆
Makanan dihidangkan secara buffet.
Cik Ani buat Roti Jala.
Kuahnya Kari Daging.
Roti Jala dan Kari Daging
Angah anak-beranak anyam ketupat
Tahun ini tak ada yang segera, semua juadah tradisi. Selain ketupat (nasi) ada juga Ketupat Palas yang dibuat kakak Che Li. Burasak dan Loi Angah tempah. Cikwa sediakan Teh O dan Teh Susu sebagai minuman panas dan minuman bergas juga. Kemahen memasing ya jumpa air gas.
Cik Ani masak Asam Pedas Ikan Parang untuk dimakan dengan Burasak.
Sayur Lodeh atau Masak Lodeh oleh Angah untuk dimakan dengan ketupat.
Cikwa tempah Serunding Kelapa dari KL.
Lodeh, Sambal Cengeng dan Rendang Daging untuk dimakan dengan ketupat.
Lontong Raya.. Ya ampunnnn... puaslah Sk makan lontong tahun ni, nak melebarkan badan katanya, hahahaha. Lepas makan, beraya kat rumah Pakcik pulak, makan Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Daging Kurmak.
Alhamdulillah, Pakcik dan Makcik sihat-sihat sahaja. Cuma ini satu-satunya adik-beradik arwah abah yang masih ada.
Kemudian, kami ke rumah adik ibu, kami panggil Mak Enon. Alhamdulillah, Mak Enon pun sihat. Mak Enon ni la jadi bidan terjun masa Sk lahir dulu. Haaa.. bukan sekadar kata bidalan ya, bidan terjun benar-benar wujud.
😂.
Dah tinggal dua beradik. Adik-beradik ibu 16 orang, jadi yang bawah-bawah ni dah tak ada pangkat kat nama diorang 😂.
Burppp.. Alhamdulillah ❤️.
Tudiaaaa....lontong lengkap serondeng kelapa...
ReplyDeleteSaya berangan jg nak masak serondeng kelapa.Tapi semalam masak nasi impit kuah kacang ja request mak
Wah... bestnya.. banyak makanan.. merah berapi warna sambal cengeng. Terliur tengok! :D
ReplyDeleteBeraya sakan SK!
ReplyDeleteBanyak rumah diziarahi, banyak pemandangan dilihat terutama kuih muih dan lauk-pauk! Meriahnya!
best sungguh, meriah sambutannya...saya dua hari ni teringin pulak lemang dan rendang! raya hari tu tak puas makan sebab tak berapa sedap perutnya kena gastrik dari hujung ramadan..
ReplyDeleteMeriahnya menu raya
ReplyDeleteTeringin pulak mencuba sambal cengeng tuh 🤩 Meriah ek lauk semuaaa..suka nengoknya! 🤩 Salam Aidilfitri buat semua
ReplyDeletesedapnya...meriah menu raya....teringin nak rasa burasak..
ReplyDelete