11 PUASA BERBUKA NASI BERIANI KAWAH ABANG BESAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

HARI tu, Sk bawa balik semula sebungkus Nasi Beriani Kawah Abang Besar yang Sk beli untuk Berbuka 9 Puasa di Rumah Cik Ani. Belinya tiga tapi berbuka tu makan Nasi Lemak, kan.. cuma sekotak jer beriani dimakan, sekotak Sk tinggal dan sekotak bawa balik. Sk panaskan untuk berbuka semalam.


Sk dah cakap, lauk kambing tu banyak, nak jugak tu tambah lagi lauk. Pak Inche beli lauk Daging Beriani, semangkuk macam ni, dagingnya dalam empat ketul, RM8.


Acar Jelatah, pun dibelinya jugak, ni RM2.


Sk tambah telur rebus dua biji. Pak Inche tak makan, ialah.. orang ada lauk daging.


Dia beli karipap ni dua biji, sebiji RM2.50. Setakat ni belum lagi jumpa inti oksigen setiap kali beli karipap.


Popiah basah pun ada, sedap.. macam boleh menandingi kesedapan popiah SS Ali. Lupa tanya harga berapa.


Beli lagi Tepung Pelita Dahlia. Sekotak lagi tu tataw kenapa jadik gitu. Nak kata kena hayun, yang sekotak lagi elok pulak. Tengok, Nona Manis pun ada juga. 


Kami kongsi makan sekotak beriani ni.. pun dah kenyang ya amat. Sk senduk lebih sikit untuk Pak Inche sebab Sk nak makan nasi putih jugak, hihi.


Lagi empat minit nak azan, teringat lupa goreng ayam. Pak Inche nak jugak ada ayam goreng makan dengan nasi beriani. Nasib dia tak mintak ayam masak merah.


Sahur pagi tadi.. panaskan lauk Kari Daging dan Asam Pedas Tetel. Dua lauk ni Sk sorang makan dan habiskan, mujur secoet aje yang tinggal. Pak Inche makan nasi dengan Daging Beriani, telur tu Sk jugaklah kena makan. Pas tu tengok, beriya nak ayam goreng tapi tak habis. Kari daging dalam periuk tu.. haiii.. entahlahhhh!!!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampaknya kari daging dlm periuk tu keluar masuk peti ais...hihi...takpe, slow2 ...boleh keringkan, dagingnya siat2 buat serunding...ada acar jelatah, rasa fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak idea ni kan, tak laku beno nampaknya kari daging tu dah.

      Delete
  2. Meriah juadah iftar merpati dua sejoli ni...
    Sampai 2 bekas "lamp flour" tu..hihihihi

    ReplyDelete
  3. Hahahaaa... daripada telur, baiklah daging ye PI. Tu haaaa... ayam goreng tak tinggal. Kan tak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal selalu kalau beli nasi campur mesti nak telur rebus.

      Delete
  4. nasi beriani lauk kambing mmg sedap

    ReplyDelete
  5. keep on panaskan kari daging tu SK, x pun jadikan daging tu slices dan buat inti karipap ke..inti wrap ke...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!