KARI AYAM & CEKER MENU BERBUKA 27 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

INGATKAN hujung-hujung puasa ni dah malas nak masak dah tapi semalam Pak Inche minta masakkan Kari Ayam pulak. Lepas tu dia pesan lagi, masukkan sekali ceker-ceker ayam yang dikumpul-kumpul dalam peti ais tu. Begitu juga dengan organ-organ ayam yang diasingkan tu, dia minta gorengkan garam kunyit.


Dahlah semalam rasa penatnya kat office. Nak menunggukan pukul 4 tu rasa lama giler! Bos takde pulak keluarkan pengumuman boleh balik awal ke... hahahah. Banyak cantik muka kan, dahlah dapat Cuti Tanpa Rekod dua hari, ada hati lagi nak minta balik awal, hahahaha. Sk rasa semalam macam nakkkk jer cakap dengan Pak Inche suruh beli lauk tapi gagahkan jugaklah masak. Itupun Sk tumis rempah jer lepas tu semua humban dalam pressure cooker. Barulah dapat ceker yang lerai dan cair di mulut. Tak sia-sialah masak semalam, sedap kari ayamnya, hehehehe.


Pak Inche beli Sup Kambing, RM10, buat tambah-tambah lauk dia kata. Sedap la sup kambing tu Sk jamah secebis jer.


Ayam dan Organ Ayam goreng kunyit jer.


Kuih kegemaran Pak Inche, hahaha. Ada juga kuih lapis dan seri muka. Karipap pun ada.


Murtabak pun ado.. Sk panaskan masa sahur.


Pak Inche sahur murtabak

Sk panaskan kari ayam sebab Sk dan Iman nak sahur nasi. Pak Inche ajak sahur kat mamak tapi macam malas nak keluar lagi pun dah pesan Iman masak nasi lebih supaya boleh makan sahur sekali.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kita dah hilang dah menu berbuka hehehe... dah x tentu menu nya bila dah hujung2 puasa ni

    ReplyDelete
  2. hujung2 ni dapur sy tak berapa nak berasap dah hehe

    ReplyDelete
  3. Ayam goreng kunyit tak tinggal ye SK.
    Dah nak penghujung Ramadan ni sibuk buat persiapan raya. Kami buka puasa dan sahur menu seadanya saja.

    ReplyDelete
  4. Saya pun rancang nak masak kari ayam macam SK, guna pressure cooker. 😊

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!