NASI GORENG CILI PADI & STRIPLOIN STEAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

YEY! Dah khamis, esok coti semula sampai hari isnin. Sk ambil cuti hari ahad sebab nak sambung cuti dengan cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari isnin tu. Lepas tu Khamis depan cuti Hari Wesak pulak, kan.. dengar cerita ada yang ambil cuti raya sampai minggu satu lagi baru masuk kerja ya, sakan! Kedai makan dan gerai-gerai sarapan pun banyak yang masih tutup. Semalam menjajar kelaparan cari roti di Petronas.. hahahaha.

Malam tadi, masak Nasi Goreng Cili Padi. Iman suka betul sekarang kalau Sk masak nasi goreng guna cili padi ni, siap pesan bubuh cili padi banyak-banyak. Tapi, semalam tak boleh bubuh banyak sebab memang itu jer la yang tinggal. Sk tumbuk cili padi dan bawang putih guna lesung batu, tu yang buat sedap kot sebab jus dia semua keluar berbanding jika kita kisar guna chopper tu. Sk juga letak seketul kiub pati ayam dan tak masukkan garam atau sebarang sos. Letak juga sotong dan isi ayam sikit.

Masa puasa hari tu, Pak Inche beli Striploin Steak dua keping kat Aeon Taman U. Kononnya nak moreh steak, entah bilanya... dok perabih kuih jer pun dah kekenyangan, memang tak la Sk nak masak steak tu. Jadi, malam tadi la masaknya, karang simpan lagi lama risau tak elok. Steak tu, Sk potong bahagi tiga bahagian, dapatlah enam keping, bolehlah makan dua keping sorang, tapi Sk makan sekeping jer, SK memang kurang sikit makan steak ni. Lagi sekeping tu bagi pada Pak Inche ajelah, dia kan hantu daging. Masak steak tapi tak ada salad pulak, mujurlah ada stok kacang peas dan kebetulan ada timun jepun sebatang.


Sos Lada Hitam guna Demi Glace aje. Cuma bancuh sesudu dengan air secawan, kemudian letak serbuk lada hitam sikit. Kalau nak lagi sedap, tumbuk lada hitam biji tu masukkan, tapi semalam macam malas. Sebenarnya Pak Inche ajak makan kat luar, tapi Sk yang beriya nak masak sebab malas nak keluar. Kalau hari kerja memang rasa penat nak keluar balik, malam ni la kalau nak makan luar pun sebab esok cuti, kan. Tu pun dak Iman dah plan nak meronggeng ke Midvalley, kena pasang kuda-kuda siap-siap la kita!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!