Assalamualaikum WBT
Kalau Puasa Hari Pertama tahun lepas kami menginap di Double Tree by Hilton, Melaka.. tahun ini raya kedua pulak di Hilton PJ. Boleh baca pengalaman Sk menginap di DTBH Melaka tahun lepas DI SINI.
Dah tak ingat berapa kali sudah kami menginap di HPJ ni. Cuma, seingat Sk, kali pertama SK menginap di sini semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak Kak Jun Cupcekasih (Blogger Pencen). Sekarang, Kak Jun aktif di Ig. Kak Jun ni juga bekas wartawan Majalah Jelita sama-sama dengan Kak Lily Haslina Nasir yang sekarang aktif menulis novel dan skrip drama dan filem.
Bilik yang kami dapat kali ni tak sama dengan bilik yang pernah Sk menginap sebelum ni. Tapi tu la, dulu-dulu malas nak blog setiap kali menginap di mana-mana hotel. Kalau tulis pun, tak letak tajuk nama hotel tu, hahahaha. Bolehlah kalaau nak imbas balik, baca DI SINI.
Kali ni tak sempat nak mengopi sangat sebab dan Sk sebenarnya tak berani nak mengopi malam-malam, risau tak boleh tidur. Kalau pagi-pagi tak apa tapi pakej penginapan kami ambil dengan sarapan, maka tak la mengopi pagi-pagi. Kat HPJ ni, kita boleh pilih nak ambil pakej penginapan dengan sarapan atau penginapan sahaja.
Bilik kali ni tak ada bath tub dan tak ada dinding kaca yang boleh tembus pemandangan ke bilik, heheheh.
sama kita kak, sejak raya kemain minum manis ha..da tiba masa untuk menginsafkan diri ni...
ReplyDeleteNampak selesa, bilik PJ Hilton dan menu sarapan nampak sedap belaka. Betul la tu, SK, makan kena bersungguh-sungguh. Rugi diet time raya ni. Hehe... Selamat kembali bertugas, ye.
ReplyDeleteHa ah... telur kuning cair memang lejen! Pilhan uncle juga!
ReplyDeletewah...bestnya da[ay bermalam di hotel
ReplyDelete