TERJEBAK JUALAN RAHMAH SABELLA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

MALAM hari berbuka 9 Puasa di rumah Cik Ani tu, tiber.. Cik Ani kata, nak keluar. Cik Ani kata, Sabella ada buat jualan Rahmah di Dewan Kampung Melayu. Sk dengar Dewan Taman U, hahah.. ingatkan dekat ajelah, Sk pun nak ikut. Rupa-rupanya, Dewan Kampung Melayu.. dekat Majidee sana.


Sk pernah beli baju tak payah gosok Sabella di awal kemunculannya dulu. Tapi tu la, kan,. beli dalam talian ni, kita tak boleh nak tengok sendiri keadaan kain tu. Sk pakai sekali aje, kemudian serik dah nak beli baju Sabella. Tapi, tengok kawan-kawan pejabat, ramai yang beli dan elok aje. Jadi, tak ada niat nak membeli pun la, saja-saja jer ikut Cik Ani tu.. sekaliiiiiiiii.....

Cardigan, kot la nak pakai ala-ala Korea kan.. hehehe. Seluar pun ada.

Baju bercorak.. rambang mata memilihnya.

Kurung Plain, RM20 jer tau! Ni pilih la ya, ada yang nipis kainnya, ada juga yang tebal. Ada yang jenis kain berbulu dot dot, ada yang tekstur kain beralun dan bergaris.

Semua pakaian diletakkan mengikut kategori dan saiz, senang nak pilih, boleh rasa kain tu nipis ke tebal ke, tengok sendiri jahitannya, kalau berkenan masuk dalam beg membeli-belah yang disediakan. Kalau tak berkenan, masuk semula dalam plastiknya dan letak semula, jangan buat huru-hara pulak ya.

Baju Melayu Slim Fit ya, tak ada pesak, kain jenis jersi.

Kan dah terjebakkkk... Ni semua Cik Ani punya pasal!

Yang suka pakai suit, boleh la pilih.


Orang laki sabar ajelah tunggu bini memilih. Zulaikha pun dah penat padahal sebelum tu elok jer ke sana sini.


Pilih seluar.. macam-macam warna ada. Oh, hari tu Uncle Gedek komen, Tak ada ke gambar Cik Ani, haaa.. ni la Cik Ani, uncle!


Kan dah terbeli! Rugilah kalau tak grab peluang ni kan. Sambar beberapa pasang baju untuk pakai ke pejabat, ke kuliah, belikan nenek sekali. Iman beli tudung bawal, RM8 sehelai.


Terus audit closet, hahahaha. Lepas tu Iman kata, bonda tak sayang ke baju-baju bonda tu? Dengan baju batik semua la Sk kemas, almari dah terlalu padat tapi yang peliknya tiap hari tak tahu nak pakai baju apa. Sebabnya banyak baju dah gelebeh bila dipakai.


Baju bulu bintik-bintik ni ambil warna hitam sebab bulu dia pun hitam. Sk ni ada 'trypophobia' sebab tu tak pernah beli baju macam ni sebelum ni. Ni macam okey pulak, dah hilang fobia kot, hahaha. Yang ni, RM20 aje sepasang, bolehlah pakai pergi kerja.


Suka pulak tengok corak rama-rama besar-besar macam ni. Tapi sebenarnya, naik kero bijik mata nak pilih. Ada yang berkenan corak, saiz tak ada. Yang saiz ada, coraknya tak berkenan. Buat syarat la pilih sepasang, rasa rugi pulak kalau tak beli, RM35 tuuuu.. kain pun elok tak jarang dan tak panas.

Ni, Fidah ajak pergi esok.. dengan Naza sekali nak ikut! Hahahaha..

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kenapa la JB tu jauh bukan kat Nilai..
    Kalau dekat kan best..eh Sabella x nak ke buat jualan rahmah kat Seremban erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam setiap negeri ada kot, cuba check dgn HQ Sabella

      Delete
  2. Amboi sakan memborong!
    Betul kena belek dan pegang baru puas hati.

    ReplyDelete
  3. Kak, baju kita pakai banyak Sabella jer Kak, elok jerr bajunya.. ingat nak singgah jugalah situ.. nak tengok baju buat basahan raya time tetamu datang hehehe takkan nak pakai kelawar kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sgt tu, takkan nak pakai baju berlabuci2 pulak kan.. Sabella sesuaiiii

      Delete
  4. harga runtuh!!..material ok, harga ok, berbaloi beli..cantik design rama2..

    ReplyDelete
  5. Uiii...berbaloi..baloi...baloiii...
    Kalau kat Lembah Klang ni mau runtuh kena serbu...macam dua hari lepas kat gedung terkemuka kat Shah Alam tu..
    Kalau ada sini..saya pun nak pi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!