Assalamualaikum WBT
SEJAK petang semalam, rasa tak sedap badan. Tapi, gagahkan diri jugak ke Forest City Golf Resort sebab Pak Inche dah buat tempahan untuk berbuka puasa.
Dia ambil nama bapak.. okeylah tu. Kami sampai awal jugaklah, sebelum pukul 6, jadi duduk-duduk dulu.
Ramai pelanggan lain yang masih belum sampai. Dapat meja berhampiran meja masa berbuka 21 puasa tahun lepas.
Nak makan nasi putih dulu dengan pelbagai lauk kawah. Banyak sangat pilihan lauk, ada kambing, urat dan makanan laut.
Mana-mana buffet Ramadhan sekarang ada durian. Durian boleh ambil selepas pukul 8 malam. Kira sedang elok la pergi solat maghrib dulu kemudian baru kaunter durian dibuka.
Cantik pemandangan, matahari belum terbenam.
Meja dah penuh. Hurmm.. sekarang, makan buffet, kalau kita tak ambil awal alamatnya melopong.
Pinggan Sk. Nasi putih, gulai urat, udang masam manis, sotong masak hitam dan keli berlado. Tak jadi makan keli berlado tu sebab merah-merah lagi isinya.
Haus campur rasa nak demam, terbayang air aje.
Pak Inche ambil lauk asing.
Mochi dia sedapppppp.. mujur ambil awal lepas berbuka dah tak ada bayang.
Sup Tulang Merah.. Iman kata sedap, kambing lembut. Nak makan dengan roti tak jadi sebab ternampak somebody pegang roti dengan tangan, haishhh..
Slipper Lobster dan Udang, ambil sorang seketul, bolehlah buat raso-raso, katanya. Hurmmm... sampai sekarang masih demam ni.
Aloloooo... demam pulak dah. Bawa-bawa berehat SK. Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteNi datang pulangkan mambangnya. Boleh bantu ringankan kerja SK.
dalam banyak2 tu menu durian tu manthop oiii... jarang hotel ada durian...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh, SK. Mochi pun ada, ye. Sedapnya! Besor saiz udang dan lobster.
ReplyDeletesetakat hari ini belum ada kesempatan lagi untuk berbuka puasa di secara buffet
ReplyDeletesedapnya ada sup tulang merah tu...Cantik view dkt pool tu
ReplyDeleteNampak durian ajeee haha. Get well soon SK.
ReplyDeleteUiii..sup tulang merah tu....boleh gila bayang
ReplyDelete