Assalamualaikum WBT
ADA urusan di Penang, balik Kuala Ketil sat.. sebelum tu singgah Pekan Sabtu kemudian baru balik rumah kak, tapi dah sampai, kak tak dak.. telefon tak angkat pulak 😆 adan uke! Balik tak cakap!
Kami check-in di De Garden Hotel Butterworth sebab sampai dah lewat. Tak mahu ganggu kak, kalau sampai awal pagi. Kak dah tak berapa sihat sekarang.
Lega sungguh dapat meluruskan badan selepas menempuh perjalanan yang panjang. Kali ni bergilir memandu dengan Pak Inche. Iman belum dapat green light untuk memandu kereta Pak Inche 😆.
Shower kat hotel ni best giler tapi breakfast tak berapa, huhu.
Makan malam dulu di Nasi Kandar Salam, Butterworth. Iman makan Nan Cheese Ayam Tandoori. Pak Inche kata, sedap.
Sk dan Pak Inche makan Nasi Lemak Telur Mata jer
Iman, minit akhir baru kompom nak ikut. Isnin cuti Hari Keputeraan Rasmi Agong kan, tapi ahad ada kuliah. Iman tekad nak ikut, ialah, dah berapa kali kena tinggal, kan. Nasib baik dapat memo kuliah dalam talian jer ahad ni.. selamatttt!
Wah jauh tu perjalanan... Safe journey and moga dipermudahkan segala urusannya SK 🤲
ReplyDeleteMemang kena gilir gilir tu...Penat jugak mata ui...
ReplyDeleteEh dh nk exam masih ada kelas lg ke kakak iman? poli dh stat exam dh rasanya mgu ni
ReplyDeleteLaaa...tak dapat la jumpa kak...
ReplyDeleteTertangguh lagi la rindu kak kat adik..ipaq dan anak menakan dia nan sorang ni
roti nan nmpk fluffy...sedapnya..
ReplyDeleteHaaa..tau- tau dah balik kampung ye...last2 jumpa ke tak Kak nyer?
ReplyDelete