MAKAN NASI ARAB & KEBAB DI RESTORAN ZAATAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

MASA berjalan kaki dari Majestic Johor Festival di Puteri Habour ke Mana Cafe yang Sk ceritakan DI SINI, ternampaklah di seberang jalan Restoran Zaatar (sebutannya huruf 'ain)yang masih baru dibuka di Puteri Habour. Pak Inche mengajak ke sana tapi dah mengah berjalan tu memang tak ada selera la nak makan nasi arab. Dia nak makan nasi arab ni kena kasi perut betul-betul lapar dan fikiran tenang 😆.


Dari sehari ke sehari berangan nak cuba nasi arab di sini. Masa nak buat Hari Jadi Ibu tahun ni pun pada mulanya nak ke sini tapi restorannya masih renovasi lagi, tu yang buat Sambutan Hari Lahir Ibu di Restoran Star Hadramout. Akhirnya, malam tadi kami tiga beranak ke sini. Restoran Zaatar ni dibina dua tingkat dengan dekorasi ala-ala gua dan padang pasir seperti mana yang sering digambarkan dalam filem arab bangsawan.


Ada meja makan biasa, meja makan rendah dengan sofa (bersila) dan meja makan tinggi dengan sofa. Meja makan biasa diletakkan dalam ruang restoran manakala sofa-sofa dengan kusyen-kusyen ala arab ni diletakkan dalam ruang privacy. Kami pilih duduk di ruang privacy tapi agak kurang selesa kerana jarak sofa dan meja makan sedikit jauh, kalau nak menyuap tu duduk hujung punggung aje dapat. Nak pindah meja lain malas pulak.


Iman pilih minuman Green Apple Juice. Gelasnya kurus tinggi, bimbang tersenggul. Malam-malam memang abol saja la pakai tudung sarung dengan secalit bedak pun malas nak sapu.

abol : asal boleh 😆


Tuan Tanah Kedaung minum teh arab laaa. Dalam bekas bulat warna perak tu gula padang pasir.


Boleh tahan lama jugaklah menunggu makanan dihidang. Kalau di Restoran Zaituna, sekelip mata jer semua sampai. Mungkin juga kerana kali ini kami masing-masing meminta menu yang berlainan jadi dia nak siapkan semua dan dihantar ke meja serentak.


Mandi Chicken pilihan Pak Inche. Ayam tu separuh ya, dahlah gemuk ayamnya. Isinya empuk lain macam, sedap sangat meresap rempahnya.
Yang ni sepinggan saiz individu, RM28.


Sk pilih Maqluba Lamb, RM32. Sk suka makan Maqluba berbanding Mandi sebab ia ada sayur berbanding Mandi yang plain. Dekat Zaatar ni dia letak terung yang dihiris memanjang. Kambingnya dua ketul besar. Kiranya, porsi nasi arab di sini, cocok untuk dua orang. 


Iman tak nak nasi, dia pilih Mutton Kebab, RM30. Tapi bagus jugaklah, sebab boleh cuba menu yang berlainan. Staf pun dah siap bagi pinggan extra sebab konsepnya berkongsi makanan kerana porsinya besar. Mutton Kebab ni pun selayaknya makan berkongsi.


Sos Harrah di sini menggunakan resipi asli arab, memang sepenuhnya tomato, tak ada rasa pedas langsung. Ada tempat yang mereka letak cili kasi pedas untuk disesuaikan dengan lidah orang Malaysia. Kami juga suka supnya, bukan sup biasa dari air rebusan kambing atau ayam tapi sup tomato, sedap betul. Namun, secara peribadi, Sk lebih suka masakan nasi mandi di Restoran Zaituna dan Nasi Maqluba di Restoran Star Hadramout. Manakala Pak Inche dan Iman sama-sama setuju Nasi Mandi di Restoran Zaatar ni lebih sedap. 


Ada juga set dulang yang mungkin lebih berbaloi jika datang dalam jumlah yang ramai. Selain nasi arab mandi dan maqluba, ada juga nasi kabsa dan madfoon. Kalau tak mahu nasi, boleh pilih pelbagai jenis menu mix grill dan bbq. Selain tu, nampak juga menu Lamb Burma yang dimakan bersama nasi. 


Makan di sini tenang-tenang aje sebab tak ramai pelanggan. Ketenangan tu agaknya buat rasa makanannya sedap, hehehe. Mungkin restorannya belum masyhur lagi. Nak ke sini, waze aje Restoran Arab Zaatar. Restoran ini bersebelahan dengan Restoran Mamak TKR Puteri Habour.


Rasa, habis ke makan semua tu? Mana boleh habis, tapau bawa balik Nasi Maqluba dan Mutton Kebab. Nanti Iman boleh panaskan untuk lunch dan dinner, senang kerja bonda! Masa bayar, Pak Inche tanya staf tu asal Syria ke? Betul, jawab dia.. mana tahu? Pak Inche kan banyak bergaul dengan mat-mat saleh, jadi dari cara percakapan dia boleh agak dari negara mana. Iman kata, nasib baik dia tak tanya, U dari Nigeria ke? Hahahahaha.

P/S Sk tak habis makan Nasi Maqluba tu sebab Sk tolong habiskan nasi Pak Inche 🤭

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka makan kebab.. Tapi nasi Arab saya kureng sikit.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap plak menu SK dan PI tu..boleh la cuba nanti kat sini bila balik JB...kalau SA nyer perut ni mau x abis boleh la share ngan En Suami

    ReplyDelete
  3. kalau mkn nasi arab slalunya share2 sbb portionnya byk...gemok ayam tu

    ReplyDelete
  4. Menu Iman tu menarik perhatian Lin laaa.. dapnyaa, nak bawa Yana laa sini..

    ReplyDelete
  5. fuhhh... ayam dan lamb tu mmg lah x habis... hehehe... cantik kedainya kak

    ReplyDelete
  6. Wooo... tengok menu dan porsinya pun sudah buat saya rasa kenyang ni SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!