Assalamualaikum WBT
LEPAS makan laju-laju di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, kami menuju ke Klebang. Pak Inche tanya, kalau nak singgah Coconut Shake Klebang tapi Sk dan Iman menolak. Iman cadangkan esok sahaja (dalam perjalanan balik), kami singgah minum Coconut Shake di Padang Temu. Lagipun malas nak bersesak-sesak kat CSK tu. Hurmm.. memang pun sesak bila sampai depan CSK tu, dengan ada bas rombongan Cik Kiahnya lagi. Sk mengajak Pak Inche ke Pengkalan Balak, teringin nak tengok pantai Pengkalan Balak dan Chalet Kampung Pinang Sebatang yang diceritakan rakan blogger Syazni Rahim.
Ternampaklah pulak Gerai Cendol dan Rojak tepi jalan bawah pokok. Kami pun singgah dan pesan dua mangkuk cendol serta sepinggan rojak.
Cendol dan rojak memang sesuai digandingkan. Ais cendolnya kasar sedikit, rojaknya boleh la.. bukan tak sedap tapi gorengan jemput-jemput tu macam tengik sikit, mungkin minyaknya dah digunakan berulang-ulang atau memang jenis minyak masak murah.
Iman kurang gemar cendol, dia lebih suka Ais Batu Campur.
Kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak. Ingatkan dekat-dekat aje Pengkalan Balak dengan Klebang dan Bandar Melaka, jauhhhhhh.. hampir sejam jugak. Nampak ada kawasan letak kereta berbayar, RM2 hari bekerja dan RM3 pada cuti hujung minggu atau cuti am bagi sekali masuk. Sk keluarkan duit kecil RM2 memandangkan hari itu merupakan hari bekerja bagi negeri Melaka, tapi pakcik jaga parking tu minta RM3, katanya hari tu dikira public holiday padahal public holiday tu semalamnya (Cuti Merdeka).Hurmmm.. Bayar ajelah, dah sampai.
Memang betul kata SR, pasir di Pengkalan Balak ni longgar dan kasar. Nampak ramai keluarga yang sedang berkelah dan anak-anak kecil mandi laut dengan memakai boya (pelampung) berwarna-warni. Zaman Sk kecik-kecik dulu, belum keluar lagi boya cantik-cantik ni, semua hitam jenis getah tu. Seingat Sk, susah nak jumpa benda berwarna atau bercorak, contohnya, payung, pun kebanyakannya warna hitam, hehehe.
Jom la kita singgah Kampung Pinang Sebatang ni.
Warung Pak Ma'on.. tapi tak dibuka. Pak Ma'on ni watak legend lakonan Allahyarham Mahmud June dalam filem Nasib Do Re Mi yang jadi sebutan hingga kini.
Kedai Runcit Bujang Lapok, juga tidak dibuka.
Bukti hadirrrrrrrrrr ni SR.
Ia berjiran dengan Desa Damai Chalet.
Banyak chalet yang ditawarkan di Pengkalan Balak ni.
Dah terlanjur sampai ke Pengkalan Balak, kami ke Freeport A'Famosa di Alor Gajah. Ini kali kedua Sk ke Freeport ni.
Kali pertama tahun 2016, lama gilerrrrr dah.
Tak sanggup nak beratur naik Coach Airways Outlet ni, kita snap pic dari jauh aje la. Panjang beno beraturnya sampai melengkau-lengkau macam ulau atas pagau!
Balik tu, ingat nak tapau
Roti John Hafiz tapi Hafiz tak meniaga buat sementara ni, jadi, kami masuk lebuhraya ikut Plaza Tol Alor Gajah dan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh. Sebelum balik hotel singgah Selat Avenue untuk makan malam, tapi bukan proper dinner la.. makan yang merepek-repek jer, hahaha.
Selat Avenue merupakan sebuah medan selera yang baharu dibuka di Bandar Melaka. Dekat sini ada gerai-gerai dengan pelbagai jenis menu sama ada makanan berat atau makanan viral. Sementara Pak Inche pergi cari apa nak makan, Sk duduk dulu la kat meja sini.
Sekali, eh eh.. ada mamarazi laaaaaaaaa.. hahahaha. Pagi-pagi dapat dm dari rakan alam maya, beritahu nampak SK malam tu. Tapi tak nak tegur sebab segan, ialah, kenal pun di facebook tapi dah lama jugak tu kenalnya.
Sk suruh Iman pergi tengok-tengok Pak Inche order makan, tahulah, Pak Inche tu kadang gelabah puyuh jugak, nanti pesan makan macam nak makan 10 orang. Lepas tu, Iman datang ajak pindah meja. Selain duduk di meja di ruang legar yang berbumbungkan langit, boleh juga duduk di meja dalam kedai. Dalam kedai-kedai pun ada gerai jugak tau, kena rajin berjalan.
Pak Inche beli Cucur Udang dan Popiah Basah Ujong Pasir. Unik la popiah kat sini sebab ada inti ayam dan daging serta udang.. sedap!
Bebas nak duduk di mana saja, pesan makanan dan terus bayar. Ada yang kita kena tunggu di gerai dan ambil sendiri makanan. Ada juga yang guna gajet, bila makanan siap gajet berbunyi isyarat makanan telah sedia,
Iman bangun kata nak beli Banana Roll ke apa, lepas tu nampak Tongmo Grill ni terus beli ni jer sebab dia kata bonda suka tongmo. Satu set ni RM15, sedapppp. Banyak pulak tu sampai senak nak habiskan tiga beranak.
Sk pesan lempeng kelapa.. tak siap-siap lempengnya.
Siap pun.. lempeng kelapa dan sambal tumis bilis, mintak extra sambal tak kedekut langsung. Selain tu ada juga lempeng pisang, lempeng cheese, nutella dan beberapa flavor lain.
Di kiri kanan ni ada hotel tau iaitu Hotel Riviera dan Hotel Kaizen. Siapa menginap di sini senanglah nak makan malam tak payah keluar dah.
Lepas makan, terus balik
Ibis Hotel Melaka. Ibis Melaka ni terletak di Little India Melaka menuju ke Banda Hilir, memang jem manjang tapi Pak Inche tetap tenangggg.
😊😊😊😊😊
Syok jalan-jalan eh!!! Lama tak ke Pantai Klebang..dulu buat aktiviti gotong royong kat sini..Zaman Universiti duluuu... Lawo sikit dah sekarang~ Bolehlah singgah kalau ke sana...
ReplyDeleteTebal pouch pak inche... penuh duit tu!
ReplyDeletesaya br nak tanya, kedai pak maon tu jual apa, sekali tutup daaaa hheehhe
ReplyDeletetk pernh try lg mkn tongmo..kita pun lama tk pegi freeport...yela ada yg kapalterbang coach tu tringin juga..rmi ye beratur
ReplyDeletePengkalan Balak, kampung suami kita. Dulu kakak sedara ammi yg disini yg jaga anak owner pinang sebatang ni
ReplyDeleteJune kemarin baru balik dari Melaka, tapi baca ini jadi teringin kesana lagi 😄. Saya sukaaa kotanya, kulinernya. 3 malam di Melaka rasa tak puas 😁. Nak lebih lama eksplor.
ReplyDeleteMakanan yg Kaka pesan semua kliatan enak. Tapi saya penasaran dengan lempeng sambal bilis. Sering baca dan lihat, tapi beku pernah coba 😍
Popiah isi ayam, atau udang tuh pasti sedaaap. Kemarin di sana saya coba popiah, tapi yg digoreng. Dan isinya hanya bengkoang.