MAKAN DI RESTORAN KEPAYANG KAMPUNG JANDA BAIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum WBT 

RASA malas betul ya nak keluar makan malam semasa kami menginap di 101 Resort Janda Baik tu. Rasa macam nak makan biskut dan bancuh teh saja. Kebetulan maggi cup pun memang dibawa jadi kami bercadang nak makan maggi aje malam tu. Tapi, lepas maghrib tu rasa macam nak cari makan malam berat. Buka grab food, tak banyak pilihan makanan. McD, KFC, pizza lagilah tak ada. Buka page makan Janda Baik, dua kali pesanan Sk ditolak. Yang satu tu, tak buat masakan panas. Yang satu lagi, tak cukup staf nak buat penghantaran. Begitu begini, akhirnya kami ambil keputusan untuk keluar makan dengan menaiki kereta.

Ada beberapa tempat makan yang dibuka waktu malam tapi semua tak menarik hati Pak Inche. Kemudian, kami singgah ke sebuah kedai runcit. Penduduk di situ mencadangkan agar kami mengambil jalan arah ke Kuala Lumpur/ Bentong. Nampak lampu kalimantang berwarna-warni. Tak nampak sebarang nama kedai tapi dalam perjalanan balik esok tu, barulah nampak ada banner digantung atas pagar, namanya Kepayang. Aaaa.. ni macam sama dengan kedai yang kata tak ada staf nak hantar tu.


Ambil Sate Daging 10 cucuk. Tak silap namanya Sate Palie. Secucuk RM1.40. Sedap jugaklah satenya, jika nak nasi impit, 80 sen sebijik.


Iman makan Kuey Teow Kungfu acik!
Tu yang macam nak berkungfu tu 🤣. Sedap masakannya.


Pak Inche dah berapa hari ni dok mengidam nak makan Bihun Hailam. Sedapppp!


Nasi Goreng Cili Padi datang bersama sup. Sedap juga rencahnya tapi Sk ke mana-mana kedai masakan panas, jika pesan nasi goreng cili padi, mereka guna cili padi hijau yang dipecah atau ditumbuk tapi ini pertama kali jumpa dia gaul dengan cili padi merah yang dihiris bulat. Tak sanggup nak menelan cili padi merah tu banyak-banyak. Karang malam-malam sakit perut macam mana??? 

Dah laaaa.. nak pergi bilik air serammm.. hahahaha.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. W'salam SK..
    Elok rupa nasi goreng tu tapi tak dapat bayang bila tergigit cili merah, mau segelas air pun tak hilang pedas..

    ReplyDelete
  2. tudiaa nasi goreng cili api..seram tengok cili dia tu..

    ReplyDelete
  3. Sate tu nampak sedap...
    Kalau cili hijau tu tahan lagi kan, yg merah ni sikit² bolehlah...

    ReplyDelete
  4. kalau kata cerita cuti2 Janda Baik ni sure ada perkataan SEREM ni kan. hehehe

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak2 tu kenapa la nasi goreng juga yang saya nampak terliur...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terliur tengok nasi goreng, tapi terliur-liur tengok sate!

      Delete
  6. Tengok sate tu, yumm sbb suka sate.

    ReplyDelete
  7. Ohh kalo di sini lebih sering pakai cabe rawit merah tu kalo untuk nasi goreng kak 😄. Krn pedasnya memang lebih mantap dari yg hijau hahahah. Terlihat enak semua, tapi saya tertarik dengan menu pak inche😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!