Assalamualaikum WBT
BATCH terakhir kepala dan kaki lembu dapat dari Program Ibadah Korban tahun ini, siap sudah dimasak Gulai Minang sehari sebelum hari mengundi Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai. Usahakan jugak masak hari Jumaat sebab Sabtu Cikwa balik untuk mengundi . Masa ambil kepala dan kaki lembu yang Che Li dah siap siangkan tu, Sk tengok ada bahagian yang besar, sederhana dan ada bahagian yang kecil potongannya. Sk asingkan yang besar dan sederhana untuk masak Asam Pedas, boleh baca post Asam Pedas Kepala dan Kaki Lembu DI SINI dan yang kecik-kecik tu dapat sebekas besar anggaran kurang sekilo, Sk simpan semula dalam bekas dan sejukbekukan untuk dimasak Gulai Minang.
BAHAN DIKISAR HALUS :
1 biji bawang besar
2" halia
1" lengkuas
1 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari
7 tangkai lada hidup
1 tbs biji ketumbar
1 tbs jintan manis
1 tbs jintan putih
BAHAN LAIN :
3 batang serai diketuk
3 keping asam gelugor
10 helai daun limau purut
1 kotak santan (200ml)
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk menumis
sedapnyaaaa,haah kan. rasa lebih cepat bila masak tumis darat.rebus je daging kat noxxa
ReplyDeleteterbuka plak selera kita tengok lauk ni...kena buat jugak ke apa ni..hahaha
ReplyDeleteSampai bengkok senduk tu
ReplyDeleteKuat sangat menggodeh
Mekasih, share, SK, cara masak tumis darat, gulai minang. Sedapnya!
ReplyDeleteSedapnya kepala lembu...dapat otak lembu masak minang pun sedap..Eh,kalau dapat perut tembusu masak macam ni lagi la..ish
ReplyDeletegulai minang namanya ye. tapi tak berapa pedas kan kak
ReplyDeleteammi pun tak berapa nak makan kalau tau...kalau tak tau insyaallah selamat masuk ke tekak
ReplyDelete