ROTI JALA KARI DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

LEMAU betul.. cuti weekend kali ni Sk memerap di rumah sahajo. Semalam, Iman guna kereta keluar dengan group BBNU dia. Ni group Iman masa dia bekerja sambilan sebagai akauntan juruwang di Petronas Kobena selepas SPM. Umur sebaya dan masing-masing membawa haluan sendiri kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi yang berlainan. Hingga kini hubungan tetap erat sebab ada group chatting, kan. Pertemuan pula dirancang setiap kali ada cuti panjang sebab dua dari mereka menyambung pengajian peringkat ijazah di luar Johor. Jadinya, kita bagi peluanglah dorang keluar dari tengahari sampai malam.

Hari ini pula, Pak Inche ada bola. Merap lagi la kat rumah sebab nak bagi Pak Inche rehat sebelum keluar bertugas. Tu yang plan nak masak nasi ayam tapi dah terbagi sarapan berat nasi lemak pulak. Nasi ayamnya memang tunda esok la.. hahaha. Duduk rumah kerjanya masak, makan dan netflix aje la, apo lagi. Antara movie yang Sk berjaya layan sampai habis Butta Bomma (tamil), Jaane Jaan (hindi), Love At First Sight (english), Hati Suhita (Indo) dan Sumpahan Syaitan (Malay). Sk jugak layan series  Behind Your Touch (korea) yang masih ongoing lagi. Ada dua lagi movie inggeris, Sk lupa tajuk, kisah pasal penyondol yang kecundang, hahaha. 


Dah janji nak menjala, kalau tak hari ni, bila lagi sebab esok dah kerja. Sk aduk 2 mug tepung gandum, 1 mug susu cair, 1 mug air, 2 biji telur, sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian kisar sehingga larut dan sebati. Tambahkan minyak 2 sudu, gaul rata sebelum dijala. Rajin pulak nak menggulung kali ni, dapat dalam 27 gulung, licinnnnnn.


Makan dengan Kari Daging. Setiap kali snap pic kari daging ni, masa tu la Pak Inche nak menceduk kuah. Hurmmm.. malas nak snap pic lain, terima sajalah mangkuk lauk dan comot masuk blog.

😆😆😆

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lawonya jala dia. Mesti menjala dengan sabar ni. kalau saya terus jadi lempeng hihihiii.

    ReplyDelete
  2. Ni la peluang yang ada kan Iman...sikit hari lagi dah nak masuk sem baru kan..

    Cantik dan kemas la net bread dia...sama ja ukuran

    ReplyDelete
  3. Mmg tengah plan nak menjala gak ni... ada Kari Ayam pojen :)

    ReplyDelete
  4. Rajin la SK menjala. Dengan kari daging pulak tu. Peh... nikmat!

    ReplyDelete
  5. Selamat menjala roti.
    Rajinnya menetflix

    ReplyDelete
  6. hahahah pak inche da tak sabar nak makan tu..

    ReplyDelete
  7. feveret anak pompuan saya ni. Makan nasi sikit, kalau jumpa roti jala, bergulung gulung dia makan

    ReplyDelete
  8. Sukaaaa sangat roti jala kari INIIII 😍😍😍. Dulu masa di Aceh banyak di jual. Tapi setelah pindah JKT, susah nak cari. Harus ke restoran Aceh, tapi itupun tak banyak yg jual

    Memang harus sabar nak bikin rotinya 🤣.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!