LEPAK DI NERO BIANCO DELI JANDA BAIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SEBELUM keluar cari makan malam di Restoran Kepayang tu, sebenarnya jenuh la kami tiga beranak buat carian tempat menarik untuk makan malam di Kampung Janda Baik. Guna grab, guna google, guna facebook. Kebanyakan dibuka waktu siang. Gerai burger pun tak jumpa dalam carian, haha. Rupanya, keluar jer dari simpang Pulau Santap tu, ada orang jual burger. Tapi agaknya sebab dah bukan rezeki kan. Takut jugak la malam-malam tu kot terserempak dengan restoran jadian, kan.. mintak simpang!


Masa keluar dari pagar Restoran Kepayang dan menoleh ke kiri, ternampak cahaya dari jauh. Eh, lampu apa tu? Pak Inche ajak tengok.. jom! Rupanya, masa nak masuk pagar Kepayang tu, Pak Inche dah perasan, tapi dia ingat lampu kuil. Itulah, sekali lagi jika bukan rezeki, dah masuk ke mulut pun boleh jatuh.


Ralat sungguh tak jumpa tempat ni dulu. Menu nampak menarik, tempat pun cantik.


Port mengopi juga. Boleh pilih pelbagai jenis minuman packet ni dan mereka akan bancuhkan. Nestum pun ada. Tapi, Pak Inche demand, nak latte. Sk dah warning, nanti tak boleh tidur, ehhhhh.. nak latte jugak dia.


Minuman packet tu dia bancuh dan hidang dalam kole stainless steel ni. Tak ingat Iman minum apa, Sk pilih Hot Choc jenama Aik Cheong.


Degil nak minum latte. Sampai pukul 3 pagi tak boleh tido, adan uke!


Lepak dalam taman.



Banyak tempat kosong, mungkin bukan hujung minggu orang tak ramai dan tempatnya pun agak hujung. Ada dua tiga meja sahaja diduduki pelanggan yang menikmati makanan. Jeles kita, nak makan kat sini dah kenyang sangat makan di Kepayang, karang mahu memulas pulak kat situ tangki penuh sangat.


Rasa melocot bibir minum dalam kole stainless steel tu, lepas Pak Inche habiskan latte dia, Sk pindahkan hot choc dalam cawan ni. Barulah feel nak minum, tak rasa melocot bibir. 


Siapa-siapa datang Kampung Janda Baik, jika nak menikmati hidangan western atau lepak-lepak mengopi dan mengeteh, bolehlah ke sini. Tak pasti ada ke tidak dalam waze. Sebab masa kat sana, cuba nak buat carian tempat makan menarik dalam waze, line tak berapa cun!


Pusing-pusing kat Pulau Santap sekejap sebelum balik ke resort. Tempat ni mungkin dipanggil Pulau Santap kerana kedudukannya yang dikelilingi sungai dan  jeram. Santap tau Ozil bukan sentap... hahaha.. teringat komen Ammi kat post INI.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..menarik la tempat dia.Kalau restoran jadian ada jugak ka minuman 3 in 1...🤭

    ReplyDelete
  2. Rasa macam pernah sampai la kat area KG Janda baik ni dulu..cuma skrg maybe dah banyak lokasi best2 la kan..area rumah SA ada port baru lepak..LAPAKOPI rasa nama dia, nanti nak tinjau2 dulu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus lapa tu nanti kalau gi lapakopi tu. Kot sesat ke Somban boleh terai lapakopi.

      Delete
  3. Laa takde makan2 ke? Menarik kedainya. Penat drive tu itu yang nak pekena latte pak enceknya haha.

    ReplyDelete
  4. Kite pernah ikut jalan janda baik ni pi bentong. Memangla jalannya urut dada 😂. Dan memang takut jugak ehh malam² jumpa kedai jadian. Hahaha. Tapi kedai yg ni cantik ehh. Walau letaknya dihujung.

    ReplyDelete
  5. Berarti memang sepi sangat daerah situ ya kak 😅.

    Kafe ini menarik designnya, nampak luas pun 👍saya juga kalo dah malam agak kuatir minum kopi. Takut tak bisa tidur. Beberapa kali kejadian, memang lah tak tidur 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!