NASI GORENG SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SIANG tadi, Iman menemani Pak Inche ke Tourism Johor hantar dokumen. Kemudian, dua beranak tu meronggeng ke Bens, nak beli minyak masak Seri Murni ada offer, RM25/5kg. Tapi, minyak masak ajelah pun yang murah. Pandai taktik diaorang ni. Takkanlah pelanggan datang semata nak beli minyak masak jer kan.. mesti tercapai jugak benda-benda lain, mujur tak banyak merabannya tu.


Dari Bens, mereka ke Ashoka pulak, pekena Nasi Daun Pisang. Sk ni, pakkal jer la masih kenyang makan Nasi Lemak Telur Pindang, kalau tak, nak jugak mintak tapaukan 🤣. Tapi, lega la bila dorang dah makan nasi, kan.. malam, tk payah beriya nak memasak. Iman kata, segmen Ahad Bersama Pak Inche kali ni, menunya Nasi Goreng Sotong. Pak Inche tolong siang sotongnya, biarlah Sk yang menggoreng nasi, karang, berkecah lagi dapur macam lepas perang!


Sk goreng dahulu sotong dalam sedikit minyak bagi mengelakkan ianya berair. Tumis dulu bawang putih, kemudian keluarkan bawang putih dan sebahagian minyak, masukkan sotong, goreng kilas hingga air sotong keluar, kemudian angkat sotong dan buang air sotong. Masukkan semula bawang putih dan minyak yang ditumis tadi, masukkan pes cili, bawang, tumis hingga terbit minyak. 

Tambah sos tiram, sos ikan, kiub ikan bilis, kacau mesra. Masukkan telur, kemudian masukkan sotong tadi, akhir sekali barulah masukkan nasi sejuk. Kacau nasi rata-rata, kemudian besarkan sedikit api, kacau hingga mesra, taburkan daun bawang, siappp!!

Makan dengan cili api potong letak kicap cair, perghhhhh!!
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau saya sudah kenyangpun tidak kisah emak abah meronggeng pergi tempat makan mana. Hehe.

    ReplyDelete
  2. geram pulak tgk sotong tu.. sejenis yg x boleh tgk sotong.. hhehehee

    ReplyDelete
  3. Perghhhh sedappp 😋
    Murah tu RM25/5 kg... selalu sini kalau offer pun slightly below 30, 28-29 ringgit :(

    ReplyDelete
  4. Wah,nasi goreng sotong....
    RM 25 minyak tu kira murah tuh...2 hari lepas minyak Saji kat Speedmart 5kg RM 27...Sebelum ni beli dekar rm30..Minyak dah turun harga ke ek

    ReplyDelete
  5. sedap nampaknya nasi goreng sotong tu..biasa SA buat udang...kena buat gak nanti ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!