JANJI JULIA 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


Tajuk : JANJI JULIA 2
Penulis : MARIA KAJIWA
Penerbit : BUKU Kemuning


Sinopsis :

Lima tahun sudah berlalu sejak Julia, Simon, Mimi dan Idzham menemui Setuah Biru. Wabak Rhyto99 semakin berkurangan di seluruh Asia. Namun apabila kem mereka diserang habis-habisan pada satu malam, mereka berempat terpaksa dipindahkan ke sebuah kem lain demi keselamatan.

Dalam serangan itu, Idzham cedera parah. Setuah Biru pula hampir mati. Julia tidak mampu berdiam diri. Dia dan Simon kembali ke hutan untuk menyelamatkan Setuah Biru. Namun apa yang dirancangkan tidak mudah menjadi kenyataan. Kebakaran hutan menghalang laluan. Mereka tersesat ke sebuah kota purba dan diserang dengan tembakan bertubi-tubi.

Dapatkah janji, kesungguhan dan persahabatan menunjukkan jalan pulang? Ikutilah sebuah perjalanan dan pengalaman yang lebih mendebarkan.

Ulasan :

Sebelum tu, jangan salah faham, novelis dapat ilham dari wabak covid yang melanda dunia penghujung tahun 2019 tu ya kerana Janji Julia 2 merupakan novel sambungan dari Janji Julia 1 yang 
diterbitkan pada tahun 2011 yang mengisahkan tentang keadaan negara kita yang huru-hara pada tahun 2050 akibat serangan wabak virus Rhyto99 yang mampu membunuh manusia dalam tempoh 24 jam sahaja.

Kalau dibandingkan dengan Covid 19 sekarang ternyata Rhyto99 jauh lebih kuat. Ia juga tak ada vaksin atau anti virus.

Akibatnya negara-negara di sebelah benua Asia lumpuh. Berjuta-juta rakyat mati. Kerajaan hancur. Ekonomi hancur. Keselamatan negara tak ada. Maka berlaku kekacauan di mana-mana.

Apa yang tinggal cuma semangat sebahagian rakyat yang masih berusaha untuk terus hidup dan cuba menyelamatkan negara dengan mencari penawar di hutan tropika kita.

Setahun sudah saya beli Janji Julia 2 ni. Jujurnya cuma nak melengkapkan koleksi novel tulisan Novelis Maria Kajiwa tambahan pula saya sudah baca Janji Julia beberapa tahun lepas yang rasanya saya tak menulis ulasannya pada post lama.

Dalam JJ2, pokok Setuah Biru telah berjasa kepada ramai penduduk dunia kerana berjaya menyembuhkan penyakit Rhyto99 yang boleh membawa maut. Tiada vaksin untuk virus ini tetapi ada penyembuh yang mana ia menyebabkan pihak yang berkepentingan rasa terancam dan ingin menghapuskan Setuah Biru sehingga melibatkan kematian ramai penduduk dan askar. Kem di mana makmal menghasilkan penawar Rhyto99 dibom sehingga Julia, Simon, Idzham dan Mimi sekali lagi menjadi pelarian.

Julia yang selama ini menjaga Setuah Biru mula perasan keadaan pokok dalam simpanannya berada dalam keadaan tidak stabil dan ingin menanamnya kembali ke tempat asal untuk diselamatkan. Disebabkan Idzham cedera parah ketika kem dibom, hanya Julia dan Simon yang akan menghantar Setuah Biru ke tempat asalnya ditemani Rashdan (abang Julia). Dalam perjalanan mereka telah bertemu Kota Purba dan diserang satu pasukan askar yang tidak dikenali menyebabkan Julia terpisah dengan Simon dan Rashdan.

Tidak tahulah mengapa, Sk rasa begitu menyampah dengan watak Julia dalam JJ2 ini. Degil dan tidak mendengar kata, juga jual mahal dengan Simon.. hahaha.. memang geram ya. Tapi klise la kan, kalau dua watak ini bercinta, cukuplah dulu pembaca mengharapkan Julia berpasangan dengan Idzham. 

Sk juga berpendapat, Setuah Biru lebih sesuai dijadikan tajuk novel ini sebagai sequel kepada Janji Julia. Lebih mengancam lagi, jika rupa pokok Setuah Biru dijadikan cover novel ini.

Cuma, epilognya seperti tergantung. Mungkinkah akan datang ada Janji Julia 3? Kita tungguuuuuu!
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul jugak, kalau letak judul ‘Setuah Biru’ lebih menarik. Walaupun ini sekuel, tak mesti kena guna judul yang sama.

    Kalau tergantung ceritanya, haruslah ada sambungan lagi.

    ReplyDelete
  2. Janji Julia 1 pun x pernah baca tp mcm pernah nmpk je... lama pulak x baca novel... x beli novel baru sbb novel yg last beli pun x abis lg baca... ahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!