Assalamualaikum WBT
SELEPAS menonton filem Malbatt - Misi Bakara tu, ngam-ngam masuk waktu makan tengahari. Iman mengajak makan di Dari Korea (kot la namanya) di Taman Setia Tropika. Hurmmm.. baru jer tengok filem Patriotik, tapi tekak nak makan makanan orang Korea pulak 😆. Sampai Taman Setia Tropika, hujan sedang turun lebat, mujur ada parkir kosong berhampiran restoran. Dah turun kereta, cari restorannya tak nampak pulak, biar betul!
Iman langkah kaki keluar dari kaki lima nak tengok papan tanda kedai. Eh, betul dah ini restorannya. Tengok, cuma sebelah shuttle door dibuka, itupun separuh. Jenguk dalam restoran, ada staf. Beliau menoleh apabila menyedari kehadiran kami dan cepat-cepat keluar. Rupa-rupanya, Dari Korea tidak lagi beroperasi dan mereka akan menukar tema makanan barat pulak. Beliau minta maaf dan minta kami datang apabila restoran baharunya siap tidak lama lagi.
Kalau kesini suka betul ammi dgn jeruk halia dia. Bila dah makan mmg tak reti nak berhenti pastu bila dh balik mulalah sendawa kentut tak henti
ReplyDeleteIshh sedapnya Kakk... memang suka makan di Nippon ni.. puashati...
ReplyDeletePuas hati bila dah jumpa nasi ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
akak kalau nippon tu selalunya dari jepun heheheh.... tp sedapnya lahai
ReplyDeleteTengok Sislin pun baru makan kat Nippon Sushi Yana belanja.
ReplyDeleteKalo ke restoran jepang, memang lebih enak pesan menu set. Biasa sudah lengkap ada sayur dan lauk, terkadang pun ditambah dessert ya kak.
ReplyDeleteSaya juga kalo makan di restoran, paling sering pesan air mineral saja. Drpd yg manis2. Sesekali bolehlah, tapi air mineral tuh lebih sering.
nmpk sedap jgk mknn dia, tak pernah try lagi mkn di nippon sushi..
ReplyDeleteNampak sedap tu ha...menu Iman tu buat SA terliur la...kena cari Nippon Sushi ni..
ReplyDelete