MAKAN DI RESTORAN PULAU SANTAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SAMBUNGAN Kisah Menginap 2D1N di 101 Resort Janda Baik.


Restoran Pulau Santap ni terletak berdekatan dengan resort yang kami inap anggaran tak sampai 300 meter. Restoran ini menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan menu yang sama.


Ada menu lauk-pauk sahaja sama ada di makan bersama nasi lemak atau nasi putih. Tiada menu masakan panas atau goreng-gorengan tetapi semua lauk bagi set nasi putih dimasak apabila ada pesanan. 


Catat menu dalam kertas pesanan, jika ada apa-apa kemusykilan boleh panggil staf.


Tengah tunggu makanan dihidang, datang seekor 'duda baik' duduk bersama dengan kami. Sopan dan lemak manis ala amboi-amboi dudanya 🤭.


Tak sabar-sabar Pak Inche nak menyudu sup tulang sebaik sahaja ia dihidang. Sedap katanya. Sk mencuba sedikit, ada sikit kelainan rasa, nak kata sup mamak bukan, sup siam pun bukan. Tulangnya besar-besar. Daging yang melekat tidak lerai sepenuhnya, rasa rugi di situ.


Set Sup Tulang ni datang bersama nasi putih dan telur dadar. Kami juga ambil semangkuk Sambal Sotong ala carte yang sepatutnya dimakan dengan nasi lemak. Mereka guna sotong isi tebal tu, sedap jugak, ni kalau makan dengan nasi lemak, mesti sedap betul.


Tak tertahan Sk tengok ada menu Patin Masak Tempoyak lalu mintalah sekeping bahagian ekor. Ia datang bersama sepinggan nasi putih dan ulam. Kuah gulai tempoyak pekat likat. Ada rasa masin dan masam sahaja. Tapi kecewa sebab ikannya tak masak, masih keras lagi di bahagian tengahnya dan Sk minta staf masak lagi ikan tu. Rasa kembang-kembang tekak dibuatnya 😆.


Ambil ayam bakar dan ikan talapia bakar. Ayam tu sedap, cicah air asam tu pun sedap. Ikan talapia Sk tak jamah sebab rupa dia pucat lesi macam mentah 😆. Bila dah rasa ikan patin mentah, Sk jadi takut nak makan talapia tu, Pak Inche la makan, tu pun tak habis. Iman memang makan ayam jer la dia. 'Duda baik' tu la tolong habiskan ikan talapia, terima kasih 'duda baik'.


Tiga set lauk dengan nasi dan dua lagi ala carte. Tak silap semua sekali termasuk minuman dalam RM80+.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ha aa lah. Nampak kepala talapia tu macam hidup lagi. Mata dia macam menjeling aje

    ReplyDelete
  2. Rezeki si duda dapat makan semeja hehehe..
    Teringin nak ke Janda Baik kakk.. best inap situ orang kata..

    ReplyDelete
  3. Hensem manis manis ala amboi2 si duda tu ye...nasib dia ada tolong makankan ikan talapia..ye la nampak pucat ikan tu...harga pun bleh tahan ye

    ReplyDelete
  4. dok ajar Ozil hari Ahad lepas tentang bahasa Istana... tanya dia apa itu santap. jawapan dia...santap tu macam marah merajuk. Nak oh nak...itu sentap nak bukan santap

    ReplyDelete
  5. Alamak....ikan patin mentah..
    Tengok kepala ikan talapia tu pun memang macam tak berapa masak..jernih lagi kepalanya.Mata dia macam menjenguk disebalik daun pisang🤭

    ReplyDelete
  6. nampak helok tapi sayang tak masak ye kak.... akak camne blh kenal dia duda ke bujangan? hehehehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!