LAMA TAK MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, Pak Inche beritahu, dia ada agenda bersama Kelab Media petang lepas kerja, mungkin lewat sikitlah sampai ke rumah. Sk baca sekali imbas aje mesejnya, lepas tu dah janji dengan Iman nak masak Asam Pedas Ikan Pari. Biasalah, bila tahu Pak Inche lambat balik, mulalah menggelenyar malas masak, hahahaha. Sekali Iman kata, onz jer Asam Pedas Ikan Pari. Baru bonda nak kuak lentang!


Ikan pari Pak Inche baru beli kat Pasar Tani, Ahad baru ni. Dia beli tiga potong, dua potong disatukan bekas, yang sepotong lagi diasingkan. Iman defrost bekas yang ada dua potong ikan pari. Balik rumah semalam, ikannya dah lembut. Cili kering dan bawang kisar pun Sk dah buat stok baru, laju jer la menumis. 

Tapi tu laaa.. lama tak masak agaknya, sampai lupa nak perap dulu ikan dengan asam jawa. Dah siap menumis, nak masukkan ikan tu la baru teringat, hahaha. Jadi, tutup api dulu, perap dulu ikan dengan asam jawa dan perah jus limau nipis sekali. Dalam setengah jam macam tu, baru didihkan semula asam pedas dan masukkan ikan pari.

Sk beritahu Iman, agaknya ini ikan pari burung, lembut sungguh isi dia. Sk pernah beli ikan pari burung dulu, itupun penjual tu yang beritahu, kalau tak, Sk cuma tahu ikan pari tuka aje, yang lain tahunya pari 😆. Cara Sk masak asam pedas boleh tengok DI SINI.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya Bonda 🤩
    Oh, ingatkan ikan pari tu semuanya sama 🤭

    ReplyDelete
  2. Oh,pari burung tu yang selalu nampak dalam National Geography yang terbang macam burung helang tu ye

    ReplyDelete
  3. Eh Sk….sama masakan kita! Semalam saya pun masak pari asam pedas.
    Sempat perap kejap dengan pes asam jawa.

    ReplyDelete
  4. samalh kak, kadang tgk ke pasaraya tp ikan dh tak fresh, takut beli dah tak sedap..kdg teringin msk sendiri

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak masak asam pedas jugak sebab nanti saya sorang je yg makan. Asben dgn anak2 tak layan sgt asam pedas ni huhu

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa...lama dah x buat asam pedas ikan pari..eh..nak buat jugak la nanti..minggu ni suami kiter balik..dia suka je asam pedas...bismillahirahmanirrahim..harap2 menjadi asam pedasnya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!