CERITA LAUK-PAUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

GULAI merujuk kepada masakan yang berkuah seperti asam pedas dan kari. Masa baru kahwin dulu, Sk dan Pak Inche pernah bergaduh pasal gulai ni. Sebabnya masa tu, Sk beritahu nak masak gulai, punyalah gembira Pak Inche. Siap masak, Sk pun hidang atas meja dan Pak Inche lekas-lekas menjenguk dalam mangkuk. Terus dia kata tu bukan gulai. Aishhh.. gulai la tu. Kemudian baru tahu, gulai bagi orang Kedah ni ialah kari. Tapi bukan kari pekat macam kedai mamak tu, karinya cair sikit, tapi bukan ceroi.

Sk pun tak ingatlah sejak bila Pak Inche dah pandai makan asam pedas. Itupun bukan semua jenis asam pedas dia suka. Kalau ikan termenung masak asam pedas memang dia tak makan tapi kalau ikan termenung masak kari, barulah dia makan. Iman pulak, segala jenis ikan termenung dia tak makan dah, makanlah sikit tapi tak banyak. Kalau ikan mayong atau pari memang kegemarannya tapi Pak Inchenya pulak tak makan ikan mayong. Sk?? Tolak batu dengan kayu jerrr 🤭


Gulai Asam Pedas Ayam
Selalu orang Johor kalau masak asam pedas letak daun kesom tapi Sk ni selalu tak ada stok daun kesom. Menanam lagi la tidak. Yang selalu ada, daun limau purut. Jadi, letaklah daun limau purut dalam asam pedas. Ayam goreng wajib ada.


Gulai Kari Ayam
Kalau dah masak asam pedas, hari lain kena masak kari juga demi kemuafakatan dalam rumahtangga. Pun sama, wajib ada ayam goreng. Kalau masak kat rumah, ada dua lauk macam ni jer pun dah cukup. Tak tahu kenapa kalau makan kat kedai nak pesan sampai lima enam jenis lauk macam tak makan seminggu 😆.


Nak selit gambar makan bersama ibu. Lauk-lauk semua beli. Ikan kembung goreng, Sayur Lodeh, Taugeh Goreng dan Asam Pedas Ayam beli dari kafe Kak Sab. Gulai Lemak Siput Sedut beli dari Warung Siput Sedut Pengkalan Rinting. Ada dua saiz mangkuk, kecil RM6 (saiz mangkuk taufufa pasar malam). Yang ni saiz besar, RM12. Dulu dulu dulu, semangkuk baru RM5.


Kita selit sekali la gambar Nasi Ambeng Mak Ana, beli hari tu. Dah naik harga ya, sekarang dah RM8.50. Cikwa kata, masih okey lagi, dia kat KL, nasi ambeng RM12. Tapi ialah, nasi ambeng ni bukan sikit-sikit lauk, sayurnya, sambalnya, mee gorengnya. Tu belum lagi nak ayam ke.. daging ke.. kalau rasa mahal, cuba masak sendiri. Beli bahan mentah pun sekarang dah mahal wak!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap nampak lauk-lauk kak...
    Tapi memang betul la, word Gulai tu merujuk negeri juga.. .Macam LeYa, masak lemak cili api, org nismilan panggil gulai yo... Cth: "Ekau tak menggulai ko hari ni". Haha...

    ReplyDelete
  2. Kalau org NS kan SK..area tempat dan kg SA la..gulai ni merujuk pada MLCA..hehehe...panggil gulai gak..kalau tiap kali nak masak, tanya Mak Pah nak masak apa ni..dia akan cakap Gulai la apo yang ado..SA selalu tanya..gulai masak lemak ke masak kari..kari pun gulai gak..so dia akan sebut..apa yang dia nak kita masak time tu..

    ReplyDelete
  3. Dalam hal tolak batu dan kayu nampaknya kita sama tau SK. Cuma kalau banyak sangat batu dan kayunya, kita minta tolong mambang habiskan hihihii.

    ReplyDelete
  4. Beda persepsi gulai Krn beda daerah ya kak 😁. Saya pun suka 2-2 nya. Gulai suka, asam pedas suka.. tergantung dari ikannya. Karena tak semua ikan saya suka 😅. Tapi memang kalo dah pari, best laah, di gulai ataupun asam padeh kalo disini sebutnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!