Assalamualaikum WBT
SAMBUNGAN Kisah Bercuti di Melaka..
Memandangkan, masih awal lagi masa untuk daftar masuk Ibis Hotel Melaka, Pak Inche mengajak makan dahulu di restoran masakan hailam di Cheng. Sk hanya menurut asalkan restoran halal dan segala perbelanjaan ditanggung beres 😆. Iman pulak macam biasa, tak kisah. Sebenarnya dia malas nak layan sikap cerewet bapaknya jika diajak ke restoran pilihan Iman. Nanti, itu tak kena, ini tak kena, jadi, ikutlah ke mana saja dibawa.
Boleh tahan ramai jugak suasana dalam restoran dengan dekorasi tradisional moden. Sebaik sahaja duduk, kami masing-masing diberikan sebuah buku menu. Di atas meja pula disediakan kertas pesanan dan pensil untuk kita mencatat sendiri pesanan kita. Kemudian tekan butang panggilan di atas meja untuk memanggil staf dan menyerahkan kertas pesanan. Sistem lama tapi memudahkan.
Sambil tunggu pesanan, Iman tunjukkan logo restoran yang ditampal di dinding kaca. Ada tulisan Original Kuala Pilah. Kemudian, Sk baca pulak sejarah restoran yang tertera di dinding belakang kaunter juruwang. Hailam Kopitiam ini merupakan cawangan Restoran Sinaran atau Foh Heong di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang lebih komersial. Sk tak teringat pulak nak ambil gambar kat situ, hehehe. Kami pernah la sekali makan di Kuala Pilah lamaaaa dulu masa dia baru viral dalam salah satu rancangan makan di televisyen.
Cendol untuk Pak Inche dan Teh untuk Tuan Tanah Kedaung.
Pak Inche makan Mee Udang. Tetap jugaklah tak boleh lawan rasa
Mee Udang di Restoran New Hollywood. Mee Udang di Hailam Kopitiam ni menggunakan mee kuning berbanding di RNH yang mencampurkan mee kuning dengan bihun. Rasa belacan kuat betul, komen Pak Inche.
Pak Inche nak French Fries.. macam budak-budak. Anak bongsu memang macam ni eh?
Mantao datang bersama Sos Telur Masin. Cenonet mantaonya.
Pak Inche suruh Iman makan Nasi Ayam Hailam tapi Iman nak makan Nasi Putih Ayam Lemon. Sebenarnya Pak Inche la nak rasa nasi ayam kat sini.
Semua dia nak makan, dia suruh Sk pesan Hailam Chicken Chop ni. Dekat sini sos hailam tu diasingkan, kalau di Kuala Pilah, dia tuang terus atas ayam. Ayam tu diketuk dahulu sebelum dicelup campuran tepung yang dibuat khas, kemudian digoreng tenggelam.
Makan kongsi-kongsi biar semua dapat merasa. Chicken Chop aje la yang kongsi sebab Sk pun kenyang habiskan mantao, semua tak nak makan mantao tu.
Burppp.. Alhamdulillah 😋
Cara ke sini, waze aje Hailam Kopitiam Cheng.
Seronoknya dating2 hehe
ReplyDelete