Assalamualaikum WBT
PAGI tadi, buka sahaja pintu bilik tengok comforter Iman tergeletak atas sofa. Tuannya tak ada, di pertengahan jalan menuju ke dapur terdengar bunyi pintu bilik air. Terjongol kepala Iman. Cirit-birit katanya sejak malam tadi. Tu tak apa, siap pakej muntah, tu yang dia tidur kat depan, supaya tak terbelahak atas katil.
Sk memikir, apa yang dimakan Iman? Sama aje makanan kami tiga beranak. Kari Ikan Merah siangnya, malam Pak Inche masak nasi goreng (nanti Sk tepek gambarnya). Kemudian Sk buat teh tarik. Mungkin Iman alah dengan susu. Perut dia ni memang sensitif sikit. Sk pergi kerja dulu, dalam pukul 10.30 isi borang kebenaran keluar sebab nak bawa dia ke klinik. Kalau ceri beri jer tak apa, kalau dah muntah-muntah, risau kena jangkitan kuman.
Aduh... moga yang terkesan lekas2 sihat
ReplyDeleteAmmi isnin minggu lepas…mmg flat kat ofis tp takut nak balik awal
ReplyDeletesemoga diberikanNya kesembuhan segera, macam-macam musim tak sihat laa ni kan SK
ReplyDeleteMoga diberikan kesembuhan dengan cepat... Aamin
ReplyDeleteSemoga lekas sembuh Iman. Tu la payah bila beli makanan dari luar, kita tak tau tahap kebersihan penyediaan makanan tu macamana kan.
ReplyDeleteSemoga sekarang iman dah sehat ya kak ☺️. Memang kalau perut sensitif harus hati2 sangat nak beli makan. Sama macam suami saya. Tak bisa kalau tak bersih. Apalagi pencernaan dia memang pernah bermasalah.
ReplyDelete