KARI DAGING, DAGING KICAP & GANGGUAN DI JANDA BAIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SEMASA bermalam di Janda Baik, belum pukul 10.30 malam Iman dah berlayar. Pak Inche layan netflix filem combatt di tv. Sk dah mula mengantuk dan tak lama zzzzz. Tengah tidur tu, rasa nak buang air tapi tak berani nak celik mata, hahahah, jadi bertahan aje la tidur jaga tidur jaga macam tu, celik mata sikit, rasa ada cahaya lalu beranikan buka mata, rupanya cahaya dari telefon Pak Inche. Sah, dia tak boleh tidur ni gara-gara minum latte di Nero Bianco Deli malam tu. Tanya Pak Inche pukul berapa, dah 2.45 pagi jawabnya.

Sk bangun ke bilik air dan rasa nak sambung tidur. Susah jugak nak tidur semula tu tapi usaha jugak. Dalam mamai-mamai Sk sedar, Sk, Iman dan Pak Inche tidur sekali di sebuah lagi katil yang tak digunakan tu. Sk jugak nampak ada sesuatu yang lain sedang menindih dan Sk cuba melepaskan diri dengan mengucapkan istighfar. Rasa itu semua mimpi tapi nak keluar dari tindihan tu susah betul. Lega bila akhirnya lepas juga.

Esok pagi, Iman cerita, dia terjaga pukul 4 pagi. Sambil baring, dia main game The Sims di handphone kemudian terdengar Sk mendengus dan beberapa kali melafazkan istighfar dengan suara terputus-putus. Iman jenguk sikit, tapi rasa takut tu lagi tebal, dia terus exit game dan selubung, bertuah punya anak 🤭.


Kari Daging masak petang semalam untuk makan malam. Iman kata, bestnya kalau ada Roti Jala. Sk kata, jangankan nak menjala, nak melempeng pun malas, hahahaha. Kari ni Sk letak santan sebab kebetulan ada santan kotak yang dah dibuka. Memang macam tu la Sk masak kari, kadang letak santan, selalunya tak letak, hahaha.

KARI DAGING

500 gm daging hiris sederhana nipis
3 tbs minyak masak
5 ulas bawang merah kisar lumat
Sedikit halia
4 sekawan
Daun kari sikit
3 tbs rempah kari daging
1 tbs serbuk cili
1 tsp serbuk kunyit
Air secukupnya
100 ml santan kotak
2 asam keping
Garam
Tomato
Cili padi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang, halia dan empat sekawan.

2. Masukkan daun kari, kacau sekejap. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air, kacau hingga terbit minyak.

3. Tambah air dan kacau lagi hingga terbit minyak.

4. Masukkan daging, tambah air secukupnya, biar mendidih hingga daging empuk. (Sk masukkan dalam periuk noxxa set HP 20)

5. Tambah sedikit lagi air. Masukkan asam keping, garam dan santan. Biar mendidih lagi sekali.

6. Akhir sekali masukkan tomato dan cili api, siappp!


Kena ada DAGING KICAP. Cuma daging hiris nipis yang diperap dengan kicap manis, kemudian goreng dalam sedikit minyak hingga daging empuk. No halia, no bawang. Nak jimat belanja macam mak menteri, hahahaha.

Esoklah buat roti jalanya eh!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aduii kak saya pun tergelak baca gelagat iman sambung selebung takut tengok bondanya kena tindih...yang seram jadi kelakar..
    akak saya dah cuba buat daging kicap versi pak inche berebut 2branak tu makan sedap sangat katanya

    ReplyDelete
  2. dua2 menu tu suka juga...iman bole main game 4 pagi..tk takut ye dia hehe

    ReplyDelete
  3. Bertuahlah Iman ni haha....
    SK guna daging batang pinang ke? Nmpk senang je empuknya bila masak lauk² daging ni...

    ReplyDelete
  4. sedapnya menu akak, scary lak kalau sesekali tidur hotel atau homestay kan kak. Tapi selalu merata kalau dana mesti akan terpikr ganggguan gini, sbb dana penakut

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu juga kena tindih walaupun tidur di rumah sendiri. Di hotel pun pernah kena juga. Baru-baru ini sewaktu dalam bas parawisata, perjalanan malam dari Jambi ke Palembang, kawan duduk bahagian depan kata kena tindih. Allahu dalam bas pun 'dia' datang tindih juga.
    SK, dah siap roti jala jangan lupa suruh mambang hantar sikit ke LD ye.

    ReplyDelete
  6. Hahaha sabo je laa Iman, duk bayangkan dia jenguk terus selubung hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Laaa..dia pi selubung patut kejutkan bonda tu...SA pernah kena..Dania tgh study, siap lempang muka SA sbb dia dengar SA meracau, siap samar2 denagr SA baca ayat qursi..penat uiii kena tindih..rasa nak putus nyawa

    ReplyDelete
  8. Serem juga gejala ketindihan ini yaa. Saya sendiri belum pernah mengalami. Tapi waktu itu pernah dijelaskan oleh dokter , bahwa gejala ketindingan ada penjelasan secara logisnya dari sisi medical.

    Berkaitan juga dengan Rapid Eye Movement (REM) dan Non Rapid Eye Movement (NREM) . Saat tidur lelap, kondisi tubuh biasanya ada di NREM. Jadi ketidaksamaan antara otak dan tubuh, biasanya akan menyebabkan gejala ketindihan.

    Apalagi saat itu kakak ada sempat terbangun ke toilet, lalu mencoba tidur lagi. Jadi sebenarnya kondisi otak masih tidur, otot tubuh juga masih rilek, tapi tubuh sudah terbangun. Di fase peralihan itu terjadi gejala ketindihan. Tapi perlahan saat otak kembali sadar, gejalanya pun hilang.

    Itu kalo penjelasan medisnya ☺️

    ReplyDelete
  9. Hahahaha! Buat lawak betul la Iman! 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!