MAKAN NASI LEMAK MANA LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

ADOI, Pak Inche sape la ni, suka sangat makan sik mak. Cili giling pulak dah habis stok, malasnya nak menggunting cili, nak merebus cili, nak mengopek bawang apa semua, bonda belanja makan di kedai ajelah ya! 😆


Kedai mana lagi kalau bukan Restoran Nasi Lemak Mana Lagi di Taman Perling. 


Nasi Lemak 3 set RM9
Ayam Goreng 2 ketul RM8
Paru 2 ketul RM4
Telur Puyuh 2 cucuk RM5
Leher Ayam 3 ketul RM0.60
Minuman RM5.10


Memang kira betul-betul ikut senarai harga yang dipamerkan.


Tersenyum lebar tauke kedai bila Sk hulurkan wang ngam-ngam RM31.70.
😆😆😆


Burppp.. Alhamdulillah 😋
Macam ni hari-hari makan sik mak pun tak pe... 😆

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ingatkan tajuk tu soalan rupa2nya nama kedai tu Nasi Lemak Mana Lagi 😅 Saya pun masak nasi lemak tengahari semalam, biasa masak banyak2 sikit sebab anak sulung suka sangat nasi lemak. Pagi tadi sebelum dia pergi latihan kawad pun sempat lagi makan sepinggan nasi lemak 😁

    ReplyDelete
  2. Sama la tekak PH, hari² nasi lemak pun takpe haha... Tapi, malas nak nak menyambal tu, sekali-sekala je la masaknya pun hehe ...

    ReplyDelete
  3. berbaloi sangat ni kak yang penting tak payah kemas dapur cuci periuk kuali

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi lemak...
    Bila sediakan duit kecil ngam-ngam bukan saja tokey kedai suka..
    Kita pun senang hati...cepat siap cepat boleh makan

    ReplyDelete
  5. Pak Inche ni sesuai jadi tokey nasi lemak jelah bila dah pencen nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!