TOMYAM UDANG & CENDAWAN SERTA DAGING MASAK MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT


MALAM tadi, masak Tomyam Udang dan Cendawan untuk makan malam atas permintaan Iman. Ingat nak masukkan sotong sekali, tapi sotong dah habis buat masak nasi goreng 😆. Balik kerja, singgah kedai beli cendawan tiram dan baby kailan. Sk guna pes tomyam Thai Kung Brand.

TOMYAM UDANG & CENDAWAN

6 ekor udang
1/2 bungkus cendawan tiram
1 batang serai diketuk
1" halia dipecahkan
1" lengkuas dipecahkan
2 pokok ketumbar
5 helai daun limau purut
2 tbs pes tomyam
1 tbs jus limau nipis
1 tsp susu pekat
5 tbs susu sejat
1/2 biji bawang besar potong baji
7 tangkai cili api pecahkan
Tomato
Garam
Air secukupnya

CARA MEMASAK

1. Masukkan air dalam periuk anggaran setengah periuk. Sk guna sauce pan.

2. Masukkan serai, bahagian akar pokok ketumbar, halia dan lengkuas. Buka api dan biar mendidih.

3. Masukkan daun limau purut, pes tomyam dan jus limau nipis.

4. Masukkan bawang dan cili api.

5. Masukkan susu sejat dan susu pekat serta garam secukup rasa.

6. Masukkan cendawan dan udang, apabila udang berubah warna, masukkan tomato. Shiappp!



Mahal betul baby kailan, sebungkus ni dah RM5. Hurmmm.. RM4.99 kononnnn. Tengok pada label, ni spesies HK. HK tu Hong Kong, patut pun mahallll.


Masak separuh dulu, lagi separuh simpan, semoga ia tak layu di tasik madu 🤣.

Mudah jer cara Sk masak sayur ni, cuma tumis bawang putih hingga keemasan, kemudian masukkan sayur, goreng kilas. Lepas tu baru masukkan sos tiram dan gaul hingga mesra, shiapp!


Daging Masak Merah sebagai pelengkap macam makan di Kedai Tomyam 😆. Daging Sk hiris nipis, kemudian ketuk bagi pecah urat dia. Perap dengan sos merah cap labu. Resepinya bolehlah tengok KAT SINI, malas nak taip 🤣🤣🤣.


Iman gorengkan telur dadar. Fuhhhh.. masak macam ni nampak mudah tapi penat giler sebab ni masakan panas. Nak makan baru masak, macam kat kedai tomyam la, pelanggan pesan barulah mereka masakkan. Iman kata, selalu kalau kami tak ada rumah, elok garing telur dadar dia, ni macam tak menjadi. Tak rupa telur dadar RM13! 🤭


Amek kauuu! Bila dah kepenatan, dengan periuk-periuk naik atas meja. Iman kata, banyak stok dah tak ada dalam peti ais, yang banyaknya daging. Apa ke tidaknya, mak Iman rajin giler memasak sekarang!!

😝

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. W'salam SK,
    Serious baca post ni telan ailio sebab semua fav saya.. Suka betul saya dengan telur dadar gebu lembut macam tu.. Biasa makan di kedai telur goreng kering, sayur pun kadang-kadang tak fresh.. So puas hati masak sendiri kann..

    ReplyDelete
  2. Ini macam kalah kedai tomyam ni SK 👍
    Iman cuti erk skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, PH. Iman cuti 3 bulan, awal Oktober nt naik sem 3, insyaAllah.

      Delete
  3. Wow... setanding kedai siam dah ni kak.. alhamdulillah rajin masak byk la content beresepi lepas ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. periuk cantik takpe naik atas meja

    ReplyDelete
  5. Rajin mak Iman, masak tomyam lengkap akar ketumbar segala. Harus sangat lazat 😋

    ReplyDelete
  6. Ala...setiap kali tengok SK masak daging merah setiap kali tu terfikir nak masak tapi sampai la ni belum jugak.Apapaun semua lauk tu memang ngam dan nampak sedap

    ReplyDelete
  7. oh susu pekat pun letak gak ye...selalu tgk org siam letak susu sejat tu je

    ReplyDelete
  8. Ya ampunnnnn...sedap betul la tengok menu sesekali masak ni kan..tomyam tuh..aduhai...mencabar dan menggoda iman orang x sedap tekak ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!