SARAPAN DI KOPITIAM BESERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


PAGI ni keluar sarapan berdua sajo dengan Pak Inche di Kopitiam Beserah. Iman lagi sayangkan bantal.


Menu biasa di mana-mana kopitiam.


Kopitiamnya kecil sahaja, dekorasinya menarik dengan vibe 80-an.


Dari meja Sk kelihatan staf di dapur tidak berhenti terima pesanan dari kaunter hadapan.


Kopi Beserah untuk Sk. Kopinya manis-manis gitu aje la, kurang rasa kopi. Teh O Panas kat rumah pun ada la Pak Inche.


Sama je la menu Pak Inchenya punnnn.. Telur Setengah Masak dan Roti Bakar. Roti bakar gebus gebas dibakar dengan menggunakan arang.


Makanan disediakan agak lambat, kopi tinggal setengah cawan, roti dan telur Pak Inche pun dah wassalam, makanan dipesan Tuan Tanah Kedaung belum jugak sampai.


Jarang-jarang nampak kan Sk pesan Mee Wantan. Mee wantan biasa-biasa ajelah tidak mengecewakan. Sk juga suka cara hidangan dalam set pinggan mangkuk lama macam ni. Nanti-nanti kita cari makanan Pantai Timur pulak ya.


Kopitiam Beserah
Bangunan Kedai Rakyat, 
A5, Jalan Masjid 2, 
Kampung Rumbia, 
26100 Kuantan, Pahang

Buka setiap hari kecuali Isnin
8 pagi hingga 3 petang

No Tel 0199560059

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak vibe 80an tu yang best nak mengopi kat kopitiam ni baru feel macam zaman dulu2.

    ReplyDelete
  2. Wah cuti² Pantai Timur nampaknya SK :D
    Sama, suka pinggan mangkuk old school camtu... Nostalgic.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah nak balik Beserah juga minggu depan hehe

    ReplyDelete
  4. Berarti so so saja ya kak 😅. Latte kalo hanya manis dan tak terlalu berasa kopi ya, saya pun tak suka. Apalagi kalo susunya kuat, makin tak bisa minum 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!