MAKAN NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT



BERSIARAN dari negeri Pulau Pinang. Sampai Penang malam tadi, terus cari Nasi Kandaq, hahaha.


Mula nak pergi Nasi Kandaq Beratuq tapi Pak Inche kata, jom kita pi try tengok NK Kampung Melayu buka lagi tak. Alhamdulillah,  masih buka lagi dan yang paling best tak payah beratur.


Pilih lauk yang sama aje, Ayam Goreng dan Sotong serta bendi celur. Sayur kubis yillek! Seorang ambil telur rebus,  sorang ambil telur masin. Ayamnya comel jer.


Nasi kandar yang diidam-idamkan, nak nak pulak, NK Kampung Melayu.


Total! Harga makanan di sini berpatutan.


Lepas makan nasi kandar kami ke Padang Brown pulak. PI nak makan Sotong Bakar.


Kami singgah gerai paling hujung ni, Sharifah Makanan Laut. Menu utamanya Kerang Bakar,  Kerang Rebus,  Sotong Bakar dan Sotong Kangkung. 


Gerai minuman di sebelahnya aje.


PI tanya, nak pasembuq tak? Sebenarnya dia yang nak, jadi kita ingatkan kalau ambil pasembuq sila makan sendiri.  



Sambil makan sambil cerita kisah dulu-dulu naik motor dengan bapak pergi rumah Pak Tam, adik mak. Lepas tu bapak bawa makan sotong bakar macam ni la. Kat Johor takde la Sk jumpa sotong bakar macam ni. Dia sotong kering tau, bukan sotong segar.


Layanlah cete Pak Inche sambil makan Ais Kacang. Eh, makan ke minum?


Sk jamah sikit jer, tak minat sangat makanan macam ni.


Syahduuuuu!


Minta air kelapa, kelapanya tua. Lepas tu dorang bagi isi dari isi kelapa lain. Nak marah, tak sampai hati, dorang pun bukan tau kelapa tua tapi sebenarnya tengok rupa pun tahu dah tua, Hehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama x ke sini... dh sampai penang dah hari ni ye kak

    ReplyDelete
  2. Know² sampai Penang SK nooo :)
    NK Kg Melayu tak pernah try.

    ReplyDelete
  3. laju pak inche buat keje ye tau2 dah smp penang..mcm sepelaung je JB-penang ye kak hahaha...selamat bercuti jjcm kak...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sotong bakar...masa pi Sarawak dulu pernah la terkena..bukan terkena apa..awal2 diornag datang promote kat meja2, SA tolak..dah abis makan nak order lagi sekali pakcik tu x nak layan...katanya tadi masa offer SA dah tolak..terus x dapat makan...hahaha

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah makan sotong bakar. Camanalah rasanya, yek.
    Abc dia nampak sedap, banyak bahan.
    Syoknya, pi Penang. Syorga makanan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!