MAKAN DI NASI AYAM KEE CHUP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT



TAK sempat nak membongkang semalam 🫣, kemas rumah gedebak gedebuk,  Pak Inche ajak keluar, dia nak top up touch n go,  sebelum tu pergi makan di Nasi Ayam Kee Chup.


Dah pukul 3.30 tapi masih buka lagi yang penting kena beratur dulu, bagussss, Sk suka beratur dari bertunggu meja sebelah orang tengah makan.


Lepas buat pesanan, ambil sendiri sup dan sambal. Selalunya sekejap aja dah dihantar nasi ke meja tapi kali ni lambat, rupanya nasi sebelum ni dah habis dan kena tunggu nasi baru.


Nasi sampai panas-panas. Memang tengah lapar giler la masa ni, hahahah.



Pak Inche dah makan berapa suap, Sk macam biasalah, mental problem, mencari kedudukan ayam yang terbaik, hahaha.


Ayam kat sini semua peha. Nasi Ayam Kee Chup memang tak pernah mengecewakan. 


Pukul 4.30 nasi habis. Staf NAKC dah habis kerja, lepak depan kedai sambil pegang kadboard ni, kelakar tapi unik!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uishhh laku keras nasi ayam kedai ni.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Lain kali turun JB nak try la nasi ayam kee chup ni.

    ReplyDelete
  3. Haha win la cara dia tutup kedai 😆
    PH pun kalau late lunch cari nasi ayam atau goreng² je. Nasi campur selalunya lauk dah hujung², tak menarik dah

    ReplyDelete
  4. Haidy pernah bawak pi sini...dah beratur lepas tu sampai turn je semua dah abissss....kempunan..nasib x preggy

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap. Awat la tak dak kedai camni kat sini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!