MAKAN-MAKAN DI KAFE LATIFF SEMPENA HARI JADI ILHAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


AHAD lepas, seperti ahad-ahad sebelum ni, Pak Inche hantar Sk ke pejabat.  Tahulah si Iman, dengar aje mak pak nak Jalan-Jalan ke Pulau Pinang, terus minta hantarkan kereta ke kolej. Tu yang asal hari ahad jer Pak Inche hantar pergi kerja. Padahal, boleh jer Sk memandu sendiri, dia duduk jer la diam-diam kat rumah kan. Jadi, petang ahad tu, dari pejabat kami terus ke Kafe Latiff, Angah nak belanja makan-makan sempena hari jadi Ilham, rasanya yang ke 19, kotttt! Hahahaha.. lupa!



Selalu sangat iklan Kafe Latiff ni lalu-lalang di media sosial tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah. Tapi, bila dah sampai tu, laaaa.. ini ke Kafe Latiffnya, hahah. Sk pernah bawa pembaca ke sini tapi masa tu namanya bukan Kafe Latiff tetapi Restoran Leezo. Boleh klik link di bawah untuk mengimbas kenangan di Restoran Leezo yang rupanya dah tinggal sejarah. Patut lama tak nampak iklan Leezo.


Masa PKP dulu pernah buat pesanan delivery SET WESTERN RESTORAN LEEZO.


Janji dengan Angah pukul 6 sebab ingatkan jauh macam nak balik rumah ambil masa sejam. Rupanya dalam 40 minit dah sampai. Kami pesan minuman dan pembuka selera dulu la sementara menunggu ahli rombongan lain sampai. 


Nama restoran sahaja bertukar tapi Kafe Latiff masih mengekalkan konsep kafe sebelum ini dari segi dekorasi dan juga mengekalkan kerusi meja lama. Mungkin bertukar pemilik atau pengurusan, Sk tak bertanya pula.



Konsep menu dulang western pun sama cuma tak ingat nama menu tu sama ke tak, Hehehe.




Sampai dah si Jeika ni. 


Saing sampai dengan Mushroom Soup with Garlic Bread. Sup cendawan ni mesti tak dijaga masa direnihkan sebab rasa hangit sikit, malas nak komplen tapi kita makan jugaklah sampai licin.


Mango Yogurt untuk PI, Sk minum Teh Tarik jer. 


Cik Ani pesan Mushroom Soup juga add on Garlic Bread dan nuggets serta Cheezy Fries.



Pasta Carbonara Chicken untuk Tuan Tanah Kedaung. Teh tarik dah tinggal separuh, bukan sebab lambat tapi Sk suka hirup Teh panas-panas. Kalau dah tak panas nanti kembang tekak ni 😄🫣.



Pak Inche makan Nasi Putih dan Sup Urat Keting. Pagi tu, Sk belikan sarapan Mihun, lepas tu dia ingat Sk belikan nasi lemak, dia balik hantar Sk tu dia singgah beli mihun, konon nasi lemak nak makan tengahari. Sekali tengahari dia buka bekas polisterin, terkejut, mihun jugak. Dah dua kali makan mihun, tu yang PI pesan nasi masa kat Kafe Latiff ni.


Jauhnya burger.. ni untuk Abang Jamal. Peminat burger AJ ni, hari tu masa Makan-Makan di Der Cabin Bistro sempena Hari Jadi Cik Ani pun dia makan burger jugak.




Dekat sangat pulak burgernya..  hahahaha.


Set Dulang Western Ibu Mentuamu untuk Angah sekeluarga. Set ni mengandungi Mushroom Soup w Garlic Bread, Fries, Sosej, Nuggets, Lamb dan Chicken Grill, Coleslaw, Salad serta Mashed Potato. Juga ada nasi goreng dan spaghetti aglio olio. Set yang cukup lengkap untuk sekeluarga.


Strawberry Yogurt untuk Cik Ani.


Happy birthday, Ilham.
Semoga dipanjangkan umur,  dimurahkan rezeki,  berbahagia dan sejahtera juga berjaya dalam kerjaya, insyaAllah,  Amiiinnn YRA. 

Terima kasih, Angah belanja!
Semoga makin bertambah rezeki sihat dan wang yang berkat lagi halal, insyaAllah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. HB Ilham
    Nampak sedap belaka tu SK...

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Ilham...makanan memang nampak menarik...

    ReplyDelete
  3. nama cafe macam kemelayuan tp makanan semua western yg nampak sedapnya

    ReplyDelete
  4. Cantik dekorasi cafenya. Tahu-tahu datang je dah berubah nama ye. Agaknya bertukar pemiliklah kot kan. Menu pun menarik ikut tema filem P.Ramlee.. Kena pulak tu dengan Pak Inche' dan Mak Inche' watak dalam Ali Baba Bujang Lapuk. Happy Birthday Ilham. Semoga tumbuh membesar panjang usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan kecukupan. Semoga Allah permudah segala urusan, berjaya dunia akhirat. Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Uniiik nama2 menunya ya kak. Ada juga dulang pak belalang 😄😄.

    Nyaman terlihat dari segi deco. Makanan pun nampak sedap ,kalo ada yg sedikit hangit, dah lah yaa, yg penting lainnya oke 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!