Assalamualaikum WBT
BERIYA-IYA Pak Inche beli bawang merah, bawang besar dan kentang nak suruh masak-masak di rumah tapi nampaknya dia yang terlebih ajak makan di luar. Sebabnya, lunch hour PI dah makan nasi jadi malamnya PI nak makan makanan lain selain nasi. Hari tu dia ajak pergi makan di Restoran Al-Anisah. Ahhh.. bosan tul la makan kat situ sebab tak ada western, haha. Maklumlah, bini selera mat saleh walaupun rambut hitam dan tidak bermata biru.
Habis tu, nak makan kat mana? Tanya PI.
Makan kat KAWD ke.. cadang Sk.
Bonda belanja... pinta PI.
Jom!
Makan cukup, minum cukup, hati bahagia.. insyaAllah.
Passion Fruit Soda (RM12). Passion Fruit tu perisa aje, bukan buah fresh. Tukang bayar minum Ais Kosong jer la.. jimat RM11, hahahaha.
Seafood Chowder (RM15). Ia sejenis sup makanan laut yang berkrim. Di dalam SC ni ada sotong ring dan udang frozen.
Seafood Chowder datang bersama tiga keping Garlic Bread yang lembut. Ada kelainan la bila makan Seafood Chowder sebagai pembuka selera selain Mushroom Soup cuma menu ni agak jarang didapati di kebanyakan restoran ala western yang Sk kunjungi. Biasa jugak Sk masak Seafood Chowder ni tapi dalam cooking game la, hahahaha.
Sekejapan, tiba-tiba semua ni dihantar ke meja sampai tak sempat kami nak bertenang iaitu BBQ Grill Chicken (RM23) dan Cajun Chicken Salad (RM21). Kedua-duanya pesanan PI. Amboi diaaaa!
Selalunya Chicken Salad kan guna hirisan ayam digaul bersama salad tapi yang ni, nahhhh Rokiahhh.. sebesar tidak dia letak dalam pinggan tu sampai Sk ingat tu Chicken Peri-Peri yang Sk pesan. Sebenarnya dia potong juga ayam tu tapi dia longgok sekali. Salad yang digunakan pun bukan salad mur-mur, siap ada hirisan buah epal, memang berpatutanlah harganya tu RM21.
Tu takpa, Grill Chicken PI tu, ada dua ya, bukan satu. Terus teringat konsep porsi hidangan di Kawd ni memang dia bagi dua ketul dalam satu hidangan. Padahal selalu kata, kalau datang makan sini, kita kongsi tapi tetaplahhhh bila tengok menu terus nak order sorang satu main course, hahahah. Jadi, ayam PI tu, kami bahagi seorang seketul.
Makan ayam panggang dan ayam cajun sambil hirup Seafood Chowder dan kunyah salad sepinggan. Chicken Peri-Peri Sk tak sampai-sampai, PI kata, mungkin dah jadi Pari-Pari (sambil gaya tengah terbang).
Chicken Salad makan separuh aje, tak berjaya nak habiskan, minta staf restoran bungkuskan. Lepas tu, Chicken Peri-Peri pun tak sampai-sampai. Sk panggil staf Kawd, tanya, dah buat (masakkan) belum Chicken Peri-Peri tu, kalau belum buat, nak batalkan pesanan sebab lambat sangat tapi jika dah buat, minta bungkus. Ahhh.. ngam-ngam dia pergi tanya, dah siap, lalu dia bungkuskan.
Telefon Iman, tanya dia, nak tak ayam, Iman kata, boleh kalau nak hantarkan. Iman tengah meeting, kali ni dia dilantik sebagai ajk Festival sempena Raya Haji pulak. Lepas meeting, Iman kata, makan ayam ramai-ramai dengan kawan-kawan, syukur Alhamdulillah. Kalau bawa balik, memang jadi batu la dalam peti ais, hehehehe.
Teringin nak menghirup Seafood Chowder tu lah. Nampak menggoda 😋
ReplyDeleteKat rumah ni ada passion fruit dalam freezer dan air soda pun ada. Macam boleh tiru nih 😀
seafood chowder tu nampak menggoda la, sedapnya...PI punya menu pun nampak sedap..
ReplyDelete