Assalamualaikum WBT
RABU lepas, Sk dan rakan pejabat keluar makan tengahari di Restoran Secret Recipe cawangan Dataran Larkin sempena meraikan hari lahir tiga manusia yang lahir bulan April dan Mei 😁.
Fidah belanja slice cake, Hokkaido Cake, Cheesecake dan Red Velvet.
Hajah Ina lahir awal April, tak ingat tarikh tapi masa tu tengah puasa.
Kak Imah lahir 18 April, lepas raya. Sk ada blog belanja Kak Imah Makan di Petals & Bakes Cafe.
Manusia yang lahir tengah bulan Mei. Allahyarhamah Ibu cakap, Sk ni beranak awal, kalau ikut due lambat lagi patutnya 😂.
Kami ni jaranglah nak keluar lunch sama, biasa semua makan buat hal memasing ikut dan la nak makan pukul berapa pun janji kerja siap.
Fidah makan menu sama dengan Sk, Seafood Creamy Pasta (bukan nama sebenar).
Aida makan Tomyam.
Naza makan Fish & Chips.
Madi makan ayam buttermilk tak silap.
Ina makan Tomyam juga.
Tomyam guna kuey teow.
Kak Imah makan Ayam Lada Hitam.
Hajah Ina makan Fish & Chips, amboi air dia, kemahennn.
TTK dengan pasta kegemaran. Dah lama tak makan di RSC tak sangkalah pulak plating dia guna pinggan ekslusif bukan terhad kepada pinggan mangkuk putih konvensional macam dulu-dulu.
Seafood Creamy Pasta dan Fish & Chips.
Terima kasih Fida belanja makan, belanja kek dan bagi hadiah. Semoga dilimpahkan lagi rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk Fidah sekeluarga, Amiiinnn YRA.
Burppp.. Syukur Alhamdulillah 😋
sama la kita...lama tk mkn kt secret recipe....kek fav kita kt sini chocolate indulgence...meriah mkn ramai2 tu
ReplyDeletesedapnya kek...dia kalau teringin, kena terus beli dan terus makan...hihihi
ReplyDeleteTahun ni macam SA x masuk lagi Secret Recipe la...
ReplyDeleteammi kalau ke SR suka order prawn in macaroni ke apa ntah namanya...
ReplyDeleteLamanya tak masuk SR.
ReplyDeleteDi LD ni yang buat geram asal nak order itu tak ada ini tak ada. Itu yang malas nak datang selalu.