MAKAN DI RESTORAN ABU & CO

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MALAM semalam sepatutnya kan nak habiskan lauk ketam. Nasi dah masak, lauk pun dah siap panas kan, tinggal nak goreng ikan kering dan telur dadar sekali Pak Inche kata, simpan makan esok sebab dia dah makan nasi. PI ajak keluar, macam biasalah, keluar malam Sk pandu kereta. 


Sampai jer kat hujung simpang, kira dah jauh jugaklah dari rumah, baru teringat, dah cabut plug periuk nasi ke belum. Aduh, haru sungguh la.. Nak patah balik memang pantang datuk nenek. Tak cakap apa la, diam aje, doa dan tawakal minta Allah swt lindung dari sebarang musibah. Walaupun periuk nasi automatik tapi tetap risau sebab ia memanas. 


Pak Inche kata nak singgah ATM kat Petronas tempat Iman kerja dulu. Walaupun berdebar tapi tetaplah pura-pura tenang. Sampai Petronas, PI turun, tak lama dia datang balik dengan muka blur semacam. Wallet tak ada, kata Pak Inche, dah sudahhh! 


Sk tahulah, mesti tertinggal tapi PI takut cicir. Tak laahh.. tertinggal tu. Istighfar.. Jom kita tengok kat rumah, ada tu... Sk pujuk PI. Dalam masa yang sama lega jugak sebab bolehlah tengok plug periuk nasi dah cabut belum 😅. 


Sampai rumah, terus lari masuk dapur. Fuhhhhh.. dah cabut la plug tu. Penat aje takut sepanjang jalan. Wallet PI pun ada, legaaaaa! Syukurrrr Alhamdulillah. Kemudian, Sk cakap, dah sampai rumah ni, kita makan ajelah nasi lauk ketam tu. Eh, tak nak jugak, nak makan benda lain dia kata. Pergi dekat-dekat jer la, cadang Sk. Penat dah drive sampai Tampoi lepas tu patah balik ke Pulai. 


PI cadangkan ke Restoran Abu & Co di cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai. Lama sangat tak makan sini. Masa baru buka tu pernah datang sekali dua kot dan ada juga datang tapau makanan masa PKP tak boleh dine in. 

Konsep menu kat sini simple jer, ada nasi lemak berlauk, nasi penyet berlauk dan masakan panas Goreng-Goreng serta masakan Western yang simple. Sk pesan Nasi Goreng Kampung buat pedas, tapi tak pedas pun. Pantas pulak tu siapnya. 


PI minta Mee Goreng Mamak. Makan dua suap macam tu, PI kata, masin. Sk suap sikit, iyor laaaa.... masin sampai perit lidah uiiii. Sk suruh PI minta tukar dia kata tak nak. Dia makan jugak. Aishhh.. Karang naik pulak BP laki aku, hahaha. Sk panggil staf dorang, bagi tahu mee masin sangat, dia terus tanya, nak buat baru ke? Aaa.. buat baru tapi bungkus, hehehe. Sebab nasi goreng tu pun macam banyak jugak, tak larat nak habiskan penatttt.. hahaha. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehe... nasib baik plug dah cabut ye. Wallet pun ada di rumah. Alhamdulillah.
    Saya kadang pun camtu. Kalau was-was, patah balik je. Supaya hati lega dan tenang.

    ReplyDelete
  2. alahai masin plak ye mee goreng mamak tu....nasibaik dpt ganti yg baru tp bungkus la ye

    ReplyDelete
  3. Faham sangat perasaan tu SK, PH lately selalu jadi gitu ... Tgh drive kdg terfikir api dapur dah tutup ke belum, charger phone off ke tidak... Macam² sampai anxiety kadang tu...

    ReplyDelete
  4. Aduiii... SK! Teringat pula beberapa tahun lalu, kami ke KK. Sampai simpang Sandakan, Farid teringat power bank tertinggal di LD, masih bercas! Nasib baiklah kita berjaya pujuk En. Suami patah balik LD. Dua jam perjalanan! Jadinya membazir 4 jam perjalanan! Kemudian patah balik lagi dari LD terus ke KK....kalau muka Encik Suami tu cerah, memang boleh nampaklah lebam merah padam biru hijau menahan marah hahahaaa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!