NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KEMBANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT



SEMALAM, Pak Inche minta masak nasi lemak untuk makan malam. Teringat masih ada stok sotong kering, teringat nak ikut tips dari Kak Amie agar rendam sotong lebih lama supaya lebih kembang dan lembut. Kak Amie biasa rendam semalaman, tapi sebab Sk nak masak petang, sotongnya Sk rendam seharian. Kembang hati tengok sotong mengembang tapi... 



Tak jadi masak nasi lemak tukar hari ini, hehehe. Sotong tu Sk sumbat jer dalam peti sejuk dengan besennya sekali. 


Makan berdua aje la, Iman minggu ni tak balik. Nasi tu guna beras basmathi dari goodies pengantin. Nak masak tu baru teringat bawang dah habis, jadi cuma letak hirisan halia dan halba saja. Santannya guna santana kotak, sedap nasi lemak, pukul 2 makan sebab pukul 3 Pak Inche nak pergi kerja, bertugas petang di Stadium Sultan Ibrahim ada game JDT vs NS tak silap, hehehe. 


Masa masak sambal sotong tu, Sk masukkan sotong awal, masak lama la sambil tumis bagi dia sama-sama serentak dengan sambal terbit minyak. Bila dah terbit minyak, barulah masukkan gula, pes asam jawa, garam dan serbuk belacan, kemudian renehkan sambal. 

Macam selalu, masak nasi lemak wajib ada telur lenggang untuk PI dan telur mata untuk TTK 😂. 



Ni gambar pagi tadi, sarapan kat Restoran Thoufeeq jer, PI dengan toseinya dan Sk makan Puri. Nanti malam nak makan apa pulak ya, makan maggi jer okey tak Pak Inche ya??? 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, kiranya menjadilah sambal sotongnya sebab sotong dah kembang sebesen ye SK.

    ReplyDelete
  2. bestnya nasi lemak sambal sotong...lama x makan sotong kering tu...x reti nak masak..risau liat...selalu beli sotong kembang je la..

    ReplyDelete
  3. ammi tak pernah pandai makan sotong kembang ni...cuba juga dah 2-3 kali sbb orang kata sedap tapi kesudahannya semua bahagian sotong ammi di alihkan ke pinggan orang lain

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!