MAKAN DI TIGA RESTORAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


MALAS la nak buat tajuk asing-asing kita blog sekali arung, kira acilah ya 😁


RESTORAN CHAMEK KOPITIAM



Khamis lepas, balik kerja terus ke UTM ambil Iman. Hari tu Iman ada kuiz mula pukul 2 sampai pukul 4. Khamis, Sk balik pukul 3.30, kira timing cantik. Iman kata lapar, belum makan dari pagi, mana nak sempat makannya kalau siang mengantuk malam berjaga. Jadi, bawa la ke Chamek Kopitiam cawangan Taman U atas permintaan dia. Iman pesan Nasi Daging Paprik. 


Sk makan Lempeng Sambal Tumis, RM6. Berbeza banyak dah harga Lempeng, tak silap dulu dalam RM2 atau RM3 sahaja. Masa Iman sekolah dulu, Chamek ni selalu jadi lokasi kami minum petang sementara menunggu Pak Inche habis kerja pukul 6. Masa tu kami ada sebuah kereta aje, keluar pukul 6.30 pagi hantar Iman dulu, lepas tu PI hantar Sk kemudian barulah PI ke pejabat. Iman tingkatan 4 barulah beli kereta kedua.


Memang terkejar-kejarlah bila satu kereta kan, tapi masa tu muda lagi, tenaga masih banyak. Kadang Iman pakai uniform sekolah sampai malam kalau Pak Inche kena kerja overtime atau bertugas di stadium sebab kalau PI nak hantar balik rumah dulu, jauh nak patah balik. 


RESTORAN AL-ANISAH


Malam tu, Pak Inche ajak makan kat Restoran Al-Anisah. Macam selalu la PI makan Mihun Hailam. 


Sk pulak makan Cantonese Kueyteow, tataw nak makan apa dah kalau ke sini. Nampak dah cut modal, dulu ada sotong dan dua ekor udang, tapi ni banyak isi ayam jer dan udang cuma seekor.


RESTORAN JASMIN 


Ni hari Jumaat malam, dah rendam sotong nak masak sambal nasi lemak tapi Pak Inche kata nak makan Mee Wantan. Tapi sampai kedai, dia tak jadi pulak makan Mee Wantan tapi makan Cantonese Kueyteow, Sk pulak yang makan Mee Wantan, hahahaha. 

Burppp.. Syukur... Alhamdulillah. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bukan minuman segera saja yang ada 3 In 1, buat entri pun ok juga sekali harung 3 restoran kan SK.

    ReplyDelete
  2. Takpe la SK, genre sama hihi...
    Mana² restoran pun gitulah, samada kecilkan portion atau kurangkan bahan/aksesori. Harga barang keras sangat² skrg :(

    ReplyDelete
  3. Saya liat lempeng langsung lapar. 🤤. Nampak lembuut sangat di-zoom dekat begitu 👍

    ReplyDelete
  4. tergoda tengok mee wantan tu la....sedapnya...

    ReplyDelete
  5. untunglah masih nampak udang yg ada size...dia buatnya dia letak udang kertas size mini lagi haru

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!