Assalamualaikum WBT
SEMASA dalam perjalanan ke Pulau Pinang, kami singgah ke Tanjung Malim. Tujuannya untuk memadamkan kelaparan. Pagi tu Pak Inche cuma lapis alas perut dengan sebungkus nasi lemak daun pisang. Sk yang makan dua bungkus pun lapar juga, hihi.
Asalnya, kami bercadang memesan masakan panas di Garden Seafood tapi masa melalui deretan lot kedai berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Sk terpandang papan tanda restoran bertulis Masakan China Muslim lalu kami terus singgah ke sini.
Sk pesan Semangkuk Fried Noodle with Beef (RM13). Walaupun namanya Mee Goreng Daging tapi meenya berkuah. Mungkin ia sejenis Mee Goreng Basah. Tengok gambar dalam buku menu memang macam tu la rupanya. Ia dihidangkan bersama daging yang dipotong dadu sebesar ibu jari. Sedap dan tidak mengecewakan. Jika anda tidak suka berkuah, boleh pesan mee goreng kering.
Sejenis Sk, mana cukup makan semangkuk mee, nak jugak ada pembuka selera. Sk minta Small Dumpling ni (RM10/ 10's). Kulit dumpling tu lembut jer dan sedap jugak intinya.
Pak Inche makan Beef Noodle (RM9). Ia sejenis mee dalam sup yang jernih. Mee di sini macam mee tarik tapi tak nampak la pulak dia tarik walaupun dapurnya terbuka dan kita boleh nampak chef memasak di dapur. Jika daging dalam mee Sk tadi dipotong dadu, daging dalam mee PI ni dihiris nipis dan lebar.
Tak pastilah restoran ini baharu atau sudah lama dibuka. Selalu jer lalu sini macam tak perasan kewujudannya. Semasa Iman belajar di Politeknik Ungku Omar dulu, ini merupakan laluan kami sama ada untuk makan di Restoran Sup Saudagaq atau makan di Garden Seafood Restaurant juga Pau Yik Mun.
Murah beno baru RM36. Kalau kat JB, jangan haraplah dapat harga ni, dahlah mangkuk cantik, makan pulak dalam restoran berhawa dingin.
Lawa betul mangkuknya kan ...
ReplyDeleteConsider murah tu alhamdulillah. Di KL pun tak dapatlah harga gini :(
Wah... nampak sedap juga. Nak try la satu hari.
ReplyDeleteNtah bila la SA ni nak dating berdua kemana-mana..x sabar nak tamatkan pjj ni...
ReplyDelete