PULUT KUNING RENDANG AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MASA masak Rendang Ayam untuk open house pejabat Pak Inche hari tu, Sk adalah simpan 4 hingga 5 ketul rendang ayamnya sebab bekas nak letak rendang tu dah penuh. Sk fikir tengok la rezeki siapa, ada dua tiga orang kata nak, tapi senyap, Sk pun dah terlupa. Pagi tadi teringat kalau tak dimakan, karang lama sangat simpan berkulat pulak baiklah dipanaskan. 


Soalnya, nak makan dengan apa? Nasi? Hurmm.. Atau nak buat Nasi Impit pun sedap jugak lawan rendang. Tapi lagi sedap jika lawankan dengan Pulut Kuning kot. Lama tak makan Pulut Kuning, hehe. 


Dan dan tu jugak, rendam pulut dengan serbuk kunyit dan campak sekeping asam gelugor. Pak Inche tanya, nak buat apa? Aaa.. Pak Inche nak pergi kerja dah masa nak rendam pulut tu. 


Jam dekat hall rosak. Sk anggarkan Pak Inche pergi kerja tu dah 8.30 pagi, tengahari cukup jam la merendam, tapi pukul 11 macam dah lapar pulak. Dua tiga hari ni dok bantai sarapan biskut raya sampai muka naik jerawat, hahaha. 


Sk kukus pulut set 20 minit sambil kemas dapur, tapi tak on alarm. Sedar-sedar dah 30 minit, hahaha. Ambil santan kotak tuang sikit dalam mangkuk, letak garam dan sikit air masak, kemudian kacau rata. Terus arung pulut dengan santan dan kukus sekali lagi, 5 minit tutup periuk dan tambah lagi 5 minit tanpa tutup periuk ikut tips yang diajar Mak Cella. Masa mengukus tu agak-agaklah, lebih 5 minit jugak pun sambil-sambil mengemas, huhu. 



Siap kukus, barulah panas kan rendang. Letak air masak sikit tapi tak gaulkan dengan rendang, cuma letak jer rendang atas air tu, biar airnya mendidih, biar rendang tu sendiri menyerap air. Dah menyerap, baru gaul sebati dan biar renih sekejap sambil kacau sikit-sikit supaya tak hangus. Kira acilah ni ya, hari jadi dah 4 hari berlalu baru dapat makan Pulut Kuning, hehehe. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sempat je akak buat pulut kuning..saya kalau nak buat pulut kuning ni mau tak tidur malam fikir nak buat ke tak haha

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Sedapnya pulut kuning.. Kegemaran saya tu..

    ReplyDelete
  3. Ya ampun!
    Cantiknya kejadian pulut kuning tu SK.
    Nampak kuning berkilat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!