YANG KURUS YANG MULUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini atau lebih tepatnya pagi tadi berlangsung Majlis Jasamu Dikenang, sempena pertukaran jabatan dan persaraan dua individu bergelar bos dalam organisasi kolej. Seorang tukar jabatan, seorang bersara. 


Disebabkan tidak perlu berbaju korporat, Sk pakai baju kurung. Ni baju baru beli selepas raya, hahaha..  jenama SK (Siti Khadijah), harganya RM200++), tapi Sk beli baju ni RM50 aje sebab ejen dia nak habiskan stok, Hehehe. Sebenarnya bila dah sampai kat tangan, Sk tengok ada label dan tag harga, baru Sk tahu ia jenama SK dan terkejut tengok tanda harga dia. Sk juga dah lama tak pakai dan tak beli baju kurung pesak. Di bahagian pesak tu ada zip bagi memudahkan ia disarung ke badan. 


Tu takpa, kali ni Sk pakai tudung bawal bercorak sebab nak sesuaikan dengan baju polos. Tudung jenama Fazura, beli dah lama, jarang pakai sebab bila pakai rasa muka lonjong semacam, hahaha. Ni pun 15 minit mengadap cermin baru jadi, padahal puas dah belajar cara pakai tudung bawal kat TT, hahaha. Disebabkan memang jarang jarang jarang nampaklah Sk pakai tudung bawal, memang jadi bahan pujian orang la, hahahaha.


Adaaaa lagi! Ramai sangat tegur dah makin kurus, malu betul la bila dua tiga orang tegur dan tanya, nanti yang dah tegur sebelum tu akan mengiyakan. Tanya diet ke, makan apa.. sebenarnya dorang pelik jugak sebab kalau kat fb tu kan post pasal jjcm aje kerjanya, hehehe. 


Sk ni nak kata makan tu bukan jenis makan sikit pulak. Tu yang orang heran tengok agaknya kenapa kurus tapi kuat makan, hahaha. Bersenam jauh sekali, huhuhu. Cuma Sk kurangkan pengambilan gula dalam minuman. Tiap pagi Sk bru kopi O uncang dengan air panas untuk sarapan. Selalunya Sk minum kopi O semata la, kalau ada mood nak sarapan, baru Sk beli makanan di kantin. Roti gandum Sk dah tak makan sebab ada alahan. Sk juga rendam siap-siap Green Tea dengan air panas mendidih (masak air ya, bukan dari mesin kue ke, kuku ke) dalam flusk. Green tea ni Sk minum lepas makan tengahari.


Tapi, tu la.. bila kita nasihatkan agar minum Green Tea, macam-macam pulak alasannya, selalunya, tak sedap laaa, hahaha. Haishhhh... benda elok memang ler tak sedap. Sk ni pun paksa diri jugak minum, lama-lama dah terbiasa. Tak kisah lah green tea jenama apa pun semua bagus dan Sk boleh telan. Masa Jalan-Jalan ke Pulau Pinang dan pergi Pasar Chowrasta tuari, nampak pulak ada gerai jual buah-buahan dan edible flower kering untuk direndam dalam air panas dan dijadikan minuman, Sk beli sikit dan campak tiga empat keping dalam green tea ni.


Yang ni buah limau kasturi. Sambil minum air tu, bolehlah kunyah-kunyah limau. Kata si penjual tu, untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Yang jual tu memang cantiklah kulitnya, chinese kan.. jarang la jumpa chinese girls yang kulitnya tak cantik, semua putih halus mulus. Kita yang teringin nak mulus macam dia pun beli la.. hahahaha. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aah la kak...akak pakai bawal muka nampak lonjong,cantik
    sy pun pernah terpengaruh beli rose bud untuk awet muda kononnya hahaha

    ReplyDelete
  2. Ooooo..itu ke rahsianyaa....okey dah tau dah...

    ReplyDelete
  3. Husband kita tak suka kita pakai shawl. so memang bawal je la sokmo. Anak kata, mami tak uptodate pakai bawal haha

    ReplyDelete
  4. pakai bj kurung kosong sesuai ngan tudung bawal corak ...mesti kwn2 pelik sbb tgk mkn mcm2 kn tp bole kurus...tp org tk tau pengurangan gula tu bole turunkan berat

    ReplyDelete
  5. suka tudung bawal...cepat efeknya..kurangkan gula dlm minuman, lebihkan dlm senyuman..

    ReplyDelete
  6. Saya minum green tea kalau pergi Sushi King je hihi

    ReplyDelete
  7. Terus saya ternyanyi Ghazal Untuk Rabiah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!