MAKAN CURRY SEAFOOD LAKSA DI SECRET RECIPE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



SETELAH beberapa minggu tak berkesempatan menziarahi pusara Allahyarhamah ibu tersayang,  pagi ni Sk datang ditemani Iman. Dapat jugak hadiahkan Surat Yassin dan doa buat ibu. Kali terakhir Sk ke sini, hari khamis petang dalam hujan, beberapa minggu lepas, cuma sempat hadiahkan doa dan bacaan Al-Fatihah sahaja.


Pagi-pagi singgah ambil Iman dulu. Ustaz kata, sepanjang hari Jumaat, para roh akan tunggu di tepi pusara menanti kunjungan anak dan waris tercinta. Roh akan mula berada di sekitar pusara mulai waktu asar hari Khamis dan akan 'pulang' apabila masuk waktu Zuhur hari Sabtu. Wallahu'alam. 


Balik dari pusara, terus ke Restoran Secret Recipe cawangan Aeon Taman U. Kening tu tak payah berkerut sangat nak pilih menu anak oi.


Nak tuang sos dalam pinggan pun struggle 😅🫣.


Sk tak sarapan pagi ni. Curry Seafood Laksa (RM21.12) menjadi pilihan. Tahulah saiz hidangan mee berkuah di RSR ni kemahen gedabak tapi tetaplah licin ya ampunan. Sedap kuah kari laksa, lemak masin secukup rasa. Seafoodnya kupang, sotong dan udang. Suka sebab ada tauhu pok yang macam sponge menyerap kuah. Bila masuk mulut, kan.. macam kita perah sponge tu, keluarlah kuah asam laksa, hahahah. Sampai tersedak-sedak makan dibuatnya 😅.


Iman makan Grill Chicken Chop (RM18.97). Side dish Iman pilih fries dan sosnya sos cendawan. Like Mother like daughter la, makan mesti licin tak membazir. Lepas makan, Iman hantar Sk balik rumah pulak. Weekend, kan... Iman pulak guna kereta sampai Isnin la.. sebab Isnin cuti Hari Keputeraan DYMM SPB YDPA.



Jadi sekarang, mari kita jadi star fishhhhh!!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tak tengok Iman jjcm dengan bonda...

    ReplyDelete
  2. curry seafood laksa menanrik nmpk ...lama btul tk mkn kt secret recipe

    ReplyDelete
  3. sedap dua2 menu...seafood curry laksa..nyum2..

    ReplyDelete
  4. Dah lamaaa sangat saya tak ke secret recipe..di JKT ada cabangnya. Dulu sering makan sana tapj pesen lamb chop atau kue tart mereka 😄. Jarang menu yg lain.

    ReplyDelete
  5. Tapi pilih menu makan memang kena serius tau! Heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!