MAKAN DI HAY! CAFE SEKINCHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



SAMBUNGAN dari Jalan-Jalan ke Sekinchan.. 



Sk dan Pak Inche singgah ke Hay! Cafe yang terletak di dalam bangunan sarang burung layang-layang. Kreatif betul jadikan bangunan ni sebagai cafe di tengah bendang pulak tu. Paling mengujakan bila melihat padi keemasan di bawah cahaya matahari yang memancar!


Mula macam nak makan kat luar ni mengadap bendang tapi panaslah pulak. Yok la kita makan kat dalam, haha.


Buat pesanan dan terus bayar di kaunter, pesanan akan dihidangkan ke meja oleh staf. Sk pilih Blueberry Milly Cake (RM15). Nak buat milly cake ni senang jer ya, tak perlu guna oven cuma lenserkan adunan dalam kuali non-stick nipis-nipis dan buat berpuluh-puluh helai, kemudian lapiskan ia berselang-seli dengan fresh cream dan jem. Senang-senang pun, bercinta jugaklah nak membuatnya. Yang paling senang,  beli yang siap terus ngap 😄.


Sambil suap kek, sambil menikmati pemandangan yang tak ada di Tanah Jauhar. 


Iced Salted Caramel Latte (RM11) untuk PI dan Iced Rose Cappuccino (RM11) untuk Tuan Tanah Kedaung. Sesekali la kita reward diri, everyday no sugar pun jemu juga. Kedua-duanya sangat-sangat-sangat sedap 😋😋😋.


Nama pun honeymoon, kenalah makan yang manis-manis, ahaks!


Black Pepper Chicken Chop Rice (RM23). Masa pesan tu, Sk tanya, ayam tu grill ke? Staf kata, ya.. tapi yang sampai goreng daaa. Mujurlah sos lada hitam tu sedap, ayam pun besar. Ia disajikan bersama salad dan nasi. Nasi tu guna beras Jepun, sedap.. tapi PI tak suka. PI kan tekak pakcik-pakcik 🤣.


Aglio Olio Prawn Pasta (RM20). Sebenarnya nak makan Pasta Hitam yang dibuat menggunakan dakwat sotong tapi menurut staf, mereka telah kehabisan stok pasta tersebut. 


Sesuai namanya, ada lima ekor udang tersusun tepi pinggan namun saiznya tak berapa besar dan tidak juga segar. Kalau ikutkan aglio olio ni cuma olahan minyak zaitun dan bawang putih aje dan sedikit membosankan tapi chef di Hay!Cafe ni lebih kreatif dengan memasukkan lebih banyak rempah termasuklah lada kering yang dicincang kasar (bukan chili flakes) membuatkan rasa pasta ini lebih meriah dan agak pedas juga.


Lepas makan, kita jalan-jalanlah sikit tepi sawah. PI nak bergambar dengan orang-orang ni.


Walaupun menantu orang Kedah yang terkenal dengan nama Negeri Jelapang Padi, namun Sk tak pernah rasa lagi membanting padi. Duluuuuu.. ingatkan asal Kedah tu mesti sawah padi tepi rumah, dah balik kampung mentua baru tahu rumah depa kat dalam bandar. Bapak mentua Sk dulu kerani estet dan tinggal di kuarters dalam ladang getah, masa kahwin tu bapak pun dah lama meninggal dunia dan mereka tak lagi tinggal dalam estet.


Sampai ke sudah ya, sampai nak balik, tak nampak seketul pun kapalterbang lalu atas kepala. Lepas tu, Sk ajak PI cari kapalterbang 'landing' yang femes kat tengah sawah di Sekinchan ni. Tak jauh rupanya dari Hay! Cafe.


Sayangnya, dah berpagar kapalterbang ni. Dengar cerita nak dijadikan outlet barangan berjenama.


Lama-lama baru terfikir, inilah agaknya kapalterbang yang kawan PI maksudkan. Kitorang mati-matilah ingat kapalterbang lalu atas kepala, hahahahahahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laluan linda jalan utama tu kalau nak balik kg.. Tp, tak pernah jugak membelok ke dalam.. Hahaha.. Bila ntah nak singgah

    ReplyDelete
  2. Menariklah trip SK & PI ni...
    Kitorg belum pernah JJCM area sini
    Tergoda tgk ayaq depa, nampak lazat ya amat

    ReplyDelete
  3. Waaa menarikk! Harini nak gerak ke Changkat Lada ziarah keluarga akak ipar En Sabar.. nanti lalu situ, kotlah mood En Sabar okkay boleh singgah ..

    ReplyDelete
  4. Hah honeymoon kena mkn yg manis2 ..sweet gitu ..ler ayam grilled sudahnya dpt ayam goreng

    ReplyDelete
  5. amboi honeymoon .... lama tak ke sekinchan macam-macam ada dah laa nih kan SK

    ReplyDelete
  6. restoran kapalterbang xleh lg masuk erk., huhu

    ReplyDelete
  7. Wah...honeymoon kat Sekinchan ni...seronoknya..SA masih x lepas2 pergi lagi..tunggu kakak Nia tamat kerja dulu 15/7, nak ajak short vacay kat sana..

    ReplyDelete
  8. Hahahahaha agak beda dengan yg diekspektasi ya kak 😄😄.

    Tapi makanan mereka kliatan nya sedaaap.

    Di sini juga ada beberapa kafe dengan view sawah , tapi karena LBH sering panas Di luar, saya pun selalunya pilih makan dalam yg ber AC 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!