Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche hantar Sk ke pejabat. Sk singgah kantin belikan siap-siap sarapan, Mihun Goreng dan karipap dua biji supaya dia balik rumah terus makan. Ehhhh.. tetap jugaklah dia melencong singgah Pasar Tani. Lepas tu hantar gambar ketam dah siap siang.
Balik kerja, masuk dapur tengok pulak bawang penuh dua bakul. Nampaknya tak ada harapan nak gantung kuali minggu ni la, kena panggil mambang balik segera 🤣.
Ketamnya Sk masak lemak ikut permintaan tuan penaja mengikut stail masak lemak aku, suka hati akulah nak letak apa 🤣. Nak letak halia ke.. lengkuas ke.. kunyit hidup ke.. kunyit serbuk ke.. bawang ke... santan kotak ke.. suka hati kita 😊.
Punyalah rajin walaupun penat balik kerja, semua bahan ni Sk tumbuk guna lesung batu hingga lumat iaitu cili api, bawang merah besar sebiji dan sedikit halia.
Kemudian masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama sedikit air, panas kan sekejap kemudian masukkan serai diketuk serta santan cair (cairkan santan kotak dengan sedikit air).
Bila dah mendidih, masukkan ketam, asam gelugor sekeping, kacau rata, kemudian masukkan santan pekat dari kotak, kacau sebati, akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Sedap ya masak lemak letak bawang ni, Allahyarhamah ibu memang masak lemak letak bawang. Terasa manis bawang tu lagilah bila kita tumbuk jus bawang semua keluar.... Fuhhh.. Meleleh air mata teringat sedapnya masak lemak ibu.
Ketam tu PI beli dua ekor aje, besar jugak sekilo RM39. Tak tahu dua ekor tu berapa sebab kira sekali dengan dua jenis ikan. Ketam PI potong dua, lepas tu makan seorang sebelah aje cukup sebab ada jugak telur dadar. Lebih ketam tu malam ni la habiskan, macam tu la kami berjimat nak makan sedap kalau cerita orang tak percaya ingat kami ni kaya-raya, hahaha.
Buka peti sejuk, nampak pulak lebihan sayur chap chai yang belum dimasak, tapi dah siap cuci dan potong, terus tumis bawang putih dan campak jer sayur dalam kuali tambah sos tiram sikit, siap!
Sebenarnya balik tu PI kata nak singgah kedai beli sayur tapi Sk tak bagi dengan alasan tak ada sayur sesuai ganding dengan masak lemak, haha. Jadi, PI minta gorengkan ikan kering dan telur dadar. Sk kan suka bawang, tu la letak bawang banyak dalam telur dadar dan untuk tabur atas ikan kering. Tapi tak tabur pun, letak sebelah aje sebab PI pulak tak makan bawang yang ada rupa bawang.. hehehehe.
PI X makan bawang yang ada rupa bawang tu mcm mana...hahaha..gelak jap...masak lemak ketam plak dia...kita dah la craving ketam ni...
ReplyDeletebawang yang tak ada rupa bawang...maksudnya kalau bawang tu dah bertumbuk oklah dia makan...kalau hiris2 ada rupa bawang merah tu dia tak makan? gitu?
ReplyDeletengada-ngada ye pak inche....
Pandai ye PI psycho MI, siap stock up bawang segala ye ðŸ¤
ReplyDeletePH pun tunggu anak² asrama balik baru nak beli ketam... Nak masak menu kayangan kena tunggu semua ada :)
lama tk mkn menu ketam
ReplyDeleteYa Allah, sedapnya lauk ketam tu 🤤 Ketam ni bila makan kat luar belum tentu sedap tapi kalau masak sendiri auto bertambah2 nasi dibuatnya.
ReplyDeleteBawanglah penyedap masakan dengan rasanya yang manis semulajadi.
ReplyDelete