JALAN-JALAN KE PULAU PINANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


TIGA minggu lepas, selepas mewalikan pernikahan Atiqah, Pak Inche perlu menghadiri Kursus Team Building di Tadom Hills dan bersambung pula dengan mesyuarat di ibu pejabat syarikat beliau di KL. Kesian betul bapak pengantin,  baru lepas kahwinkan anak, dah kena pergi kursus, huhu. Disebabkan team building tu berlangsung pada hari ahad, dapatlah PI satu hari cuti ganti. Kalau dapat cuti tu, memang panjanglah langkahnya. Kali ini PI mengajak ke Pulau Mutiara, nak makan Nasi Kandar, katanya.


Kalau diikutkan, memanglah rasa nak baring-baring jer kat rumah di hari cuti tapi kalau bukan kita, siapa lagi nak teman, kan. Kali ini Pak Inche ajak menginap di Bayview Hotel yang terletak di Georgetown.  Ini kali kedua kami menginap di sini. Walaupun hotel ni agak lama, tapi pemandangan Georgetown yang berhadapan pula dengan Jambatan Pulau Pinang, agak berbaloi untuk dinikmati. 

Masa sampai tu, Sk terus caj telefon, jadi, guna telefon PI untuk ambil gambar. Nanti Sk update kemudian ya. Tak banyak pun ambil gambar dalam bilik tapi bilik deluxe yang PI tempah ni agak besar jugak ya. Lengkap dengan seterika dan bilik air dilengkapi dengan bathtub serta ruang pancuran berasingan.



Sarapannya banyak pilihan.. dari nasi lemak, nasi goreng,  mee/kueyteow goreng, mee/ kueyteow sup, pastri, bubur, siap ada lauk-pauk dan sayur-mayur. 


Lepas sarapan, kami terus ke Pasar Chowrasta. Kalau orang muda, boleh jer jalan kaki ke sana tapi sebab Sk tak berapa nak muda, kami naik kereta la, hahaha.  Masa sampai tu, orang belum ramai, Ais Tingkap pun tak ada orang beratur lagi. Jadi, lepas shopping jeruk untuk buah tangan orang Johor, kami ke Ais Tingkap, Sk minum cendol, PI minum Ais Tingkap. 


Haruslah bergambar di kedai buku terpakai ni. Tapi tu la kan.. PI kalau ambilkan gambar.. sedih 🫣.


Keluar dari Pasar Chowrasta, orang dah mula ramai beratur kat Ais Tingkap.


Dah remaja purba ni tak larat nak jalan-jalan.  Lagipun celah mana kat Penang ni kami tak pernah sampai, jadi, kita lepak bilik aje la balik dari Chowrasta tu.


Petang tu, baru keluar carik makan. PI kata, nak makan Nasi Tomato. Lagipun, malam tu dah dapat Nasi Kandar Kampung Melayu.


Cari dalam waze, kebanyakan kedai menjual nasi tomato ditandakan sebagai close. Cari punya cari, jumpa Nasi Tomato Pak Rahman, dekat Taman Free School. Kami pilih lauk Ayam Masak Merah dan kalau di Penang ni, depa curah kuah macam Nasi Kandaq jugak tapi taklah semua jenis kuah, penjual pun tahu yang mana kuah ngam dengan nasi tomato.


Pergi Penang berdua aje, Iman ada kelas dan ada program kolej jugak. Hari tu borak-borak dengan Huda, mak anak tiga, tak best kalau jalan tak cukup korum, kata Huda. Memang betul, tapi kami kalau berdua lagi laju bergerak dan buat keputusan.  


Di sini, selain Nasi Tomato ada Nasi Kandar juga, ni Nasi Kandar Melayu la. Ramai jugak yang datang tapau.


Terletak di depan surau Rumah Flat Taman Free School. Lepas makan ke mana lagi nak pergi, perut rasa nak meletup masing-masing, jadi, balik hotel jer la lepak.


Menikmati pemandangan Pulau Pinang pada waktu malam.


Malam tu jalan kaki ke Restoran Sup Hameed yang jaraknya beberapa ratus meter sahaja dari hotel. Kami masing- masing pesan Sup Kambing seorang semangkuk makan dengan Roti Benggali.


Banyak jugak kambingnya dan empuk dikunyah.  Tak ada episod sakit rahang la lepas makan tu, hihi.


Murah jer la sup kambingnya. Orang kata, kalau datang Penang mesti pekena Sup Hameed baru lengkap itinerari korang, okeh!


Sarapan hari kedua, teringin pulak nak makan Nasi lemak. Selain sambal tumis, ada juga sambal fish Ball yang dibuat dari ikan salmon serta Rendang Ayam Cili Hijau. Bagi Sk, nasi lemaknya sedap, nak nak pulak bila dinikmati bersama telur mata dua biji, hahaha.


Semalam ada roti canai, hari kedua ni ada roti jala pulak. Macam Nasi goreng, semalam tu nasi goreng cina, hari kedua di sini, nasi gorengnya merah. Semalam kueyteow goreng, hari kedua mee goreng. Masakannya sedap dan tidak mengecewakan berbanding kadang hotel 5 bintang tapi sambal nasi lemak tawar dan hangit, huhuhuhu.

Ni PI kata nak repet bulan lapan, siapa nak ikut, jom!!!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok nak bersarapan kalau makanan banyak pilihan dan bertukar-tukar.

    Bab gambar tu, samalah nasib kita Sk 😆. Kalau mintak suami ambikkan gambar, kena terima seadanya jelah. Kecuali kita tunjuk sesiap nak macam mana - sudut, tegak/melintang, nak nampak apa. Tapi yelah, tengah jenjalan tak kuasa la nak tunjuk ajar semua tu kan. Maka pasrah jelah.

    ReplyDelete
  2. Seronok spend time makan2 di Penang. Kami duk seberang jadi jarang2 juga makan2 sebelah pulau sana. Sup kambing tu nampak menarik ja.

    ReplyDelete
  3. Makanan di Penang, sungguh tidak mengecewakan, ye. Aduh, terliur tengok sup kambing. Bilalah saya nak cuti-cuti ke Penang pulak ni.

    ReplyDelete
  4. Jap.... Kenapa nama dia Ais Tingkap?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!