NASI GORENG SAMBAL SOTONG KEMBANG DI CUTI HARI WESAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
4

 Assalamualaikum WBT 


SELAMAT Bercuti sempena perayaan Hari Wesak hari ini. Hari Wesak atau Vesak Day merupakan hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha. Kita sedia maklum di Malaysia walaupun agama rasminya adalah agama Islam, namun ada juga agama lain diamalkan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Oleh itu, pelbagai perayaan diraikan mengikut kepercayaan masing-masing. Perayaan yang besar dan utama bagi setiap agama juga diberikan cuti umum kepada seluruh rakyat atau mengikut negeri. Itulah untungnya kita bersekolah dan bekerja di Malaysia. Punyalahhhh banyak cuti! Tu belum lagi cuti kalau menang bola.. Hehehe.



Menu sarapan standard setiap kali hari cuti jika tak ke restoran mamak, tentulah Nasi Goreng. Sambal Sotong Kembang baki tuari pun ada, kita panaskan sekali sebab nasi goreng tu memang rencah telur semata. Tak ada baki ayam goreng atau daging kicap untuk dicampak dalam kuali. Wajib juga ada telur separuh masak seorang dua biji, kemudian bancuh kopi seorang secawan, senang.. tak payah membazir air basuh teko, Hehehe.

Okeylah, nak mendobi pulak laa..  cuti.. cuti juga..  tapi kerja kat rumah ni, melambak nak kena buat! Tapi, langit mendung ni, yang sedapnya, membangkang lerrrr 👻

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kerja-kerja di rumah mana ada cutinya kan SK. Time cuti itulah pulun nak kemas itu ini.

    ReplyDelete
  2. sedap sungguh masakannya.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  3. Ahli rumah sikit, kita tak payah berteko bagai. Minuman pun boleh buat ikut suka masing-masing.

    Utara ni pun dah masuk musim hujan. Mendung dan hujan je.

    ReplyDelete
  4. Lama x buat nasi lemak sambal sotong kembamg

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!