MAKAN ASAM PEDAS IKAN PARI DI RUMAH ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT 


JUMAAT, dua minggu lepas, Angah pelawa makan malam di rumah beliau. Angah masak asam pedas, katanya, tapi Sk tak menanya pulak asam pedas apa. Sk kan tolak batu dengan kayu aje. PI pulak tak ada, bertugas di Jom Heboh, Sk datang sorang la.



Lambat sikit sampai, semua worang dah habis makan. Dapatlah Sk qonquer semangkuk asam pedas. Angah masak Asam Pedas Ikan Pari (APIP). 


APIP dan konco-konconya. Ulam timun, kupang goreng kunyit, bendi masak bening dan ikan tataw nama goreng. 


Kupang goreng kunyit. Anak-anak Angah ni semua penggemar kupang. Yang tak makan kupang, Iman.


Lama tak makan bendi masak bening ni. Lauk paling senang nak masak tapi tak pernah masak lauk ni sejak kahwin. Cuma didihkan air setengah periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih dimayang dan ikan bilis jika ada. Bila air dah mendidih, masukkan bendi dan masak sehingga bendi lembut.


Ulam timun.


Aaa.. ni la ikan tataw nama tu. Mula ingatkan ikan keli, tapi kata Angah bukan, ni ikan laut. Nak kata ikan duri pun bukan tapi muka seakan-akan, hahahaha. 

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Misteri pula ikan tu. Nak kata keli bukan keli. Ikan laut pula...ikan sembilang ke?

    ReplyDelete
  2. Pekat je nampak asam pedas tu. Kalau bab ikan memang failed lagi2 kalau dah goreng macam tu.

    ReplyDelete
  3. Ikan sembilang kot SK, sbb ikan laut katanya tu ...
    Orang pandai masak ni, masak sayur pun sedap je kan 😋

    ReplyDelete
  4. Rezeki jangan ditolak, laju kita pergi makan. Tergoda dengan lauk kupang masak kunyit tu. Lama tak makan. Misteri sungguh nama ikan tu. Next time kalau nampak kat pasar kena tanya penjual ikan apa. Barulah dapat merungkai misteri namanya. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah kata, orang pasar tu ada sebut nama. Angah pun tak pernah dengar nama ikan tu, Fiza.

      Delete
  5. Teringat zaman budak dulu memang selalu makan kupang rebus.
    Bila dah berhijrah keluar dari Johor, rupa-rupanya kupang tak mudah jumpa di tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, kannn. Dekat Johor senang dapat kupang mungkin sebab sesuai dibela kat laut sini.

      Delete
  6. Nmapak sedap dan menyelerakan semuanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!