Assalamualaikum WBT
JUMAAT, dua minggu lepas, Angah pelawa makan malam di rumah beliau. Angah masak asam pedas, katanya, tapi Sk tak menanya pulak asam pedas apa. Sk kan tolak batu dengan kayu aje. PI pulak tak ada, bertugas di Jom Heboh, Sk datang sorang la.
Lambat sikit sampai, semua worang dah habis makan. Dapatlah Sk qonquer semangkuk asam pedas. Angah masak Asam Pedas Ikan Pari (APIP).
APIP dan konco-konconya. Ulam timun, kupang goreng kunyit, bendi masak bening dan ikan tataw nama goreng.
Kupang goreng kunyit. Anak-anak Angah ni semua penggemar kupang. Yang tak makan kupang, Iman.
Lama tak makan bendi masak bening ni. Lauk paling senang nak masak tapi tak pernah masak lauk ni sejak kahwin. Cuma didihkan air setengah periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih dimayang dan ikan bilis jika ada. Bila air dah mendidih, masukkan bendi dan masak sehingga bendi lembut.
Ulam timun.
Aaa.. ni la ikan tataw nama tu. Mula ingatkan ikan keli, tapi kata Angah bukan, ni ikan laut. Nak kata ikan duri pun bukan tapi muka seakan-akan, hahahaha.
Misteri pula ikan tu. Nak kata keli bukan keli. Ikan laut pula...ikan sembilang ke?
ReplyDeletePun bukan, Kak Amie, hihi.
DeletePekat je nampak asam pedas tu. Kalau bab ikan memang failed lagi2 kalau dah goreng macam tu.
ReplyDeleteKan, Cie.. memang susah dikenali la.
DeleteUncle pun suka kupang!
ReplyDeleteSedap, kannn, uncle
DeleteIkan sembilang kot SK, sbb ikan laut katanya tu ...
ReplyDeleteOrang pandai masak ni, masak sayur pun sedap je kan 😋
Bukan sembilang katanya, PH. Hihi.
DeleteRezeki jangan ditolak, laju kita pergi makan. Tergoda dengan lauk kupang masak kunyit tu. Lama tak makan. Misteri sungguh nama ikan tu. Next time kalau nampak kat pasar kena tanya penjual ikan apa. Barulah dapat merungkai misteri namanya. hihi...
ReplyDeleteAngah kata, orang pasar tu ada sebut nama. Angah pun tak pernah dengar nama ikan tu, Fiza.
DeleteTeringat zaman budak dulu memang selalu makan kupang rebus.
ReplyDeleteBila dah berhijrah keluar dari Johor, rupa-rupanya kupang tak mudah jumpa di tempat lain.
Yaaa, kannn. Dekat Johor senang dapat kupang mungkin sebab sesuai dibela kat laut sini.
DeleteNmapak sedap dan menyelerakan semuanya
ReplyDeleteAlhamdulillah, sampai bertambah nasi, wak, hihi.
Delete