SARAPAN DI TEKO CAFE KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


LAMBAT memblog hari ini melayankan kerenah PI nak jjcm. Dari minggu lepas ya dia menggeletis nak jalan-jalan cari makan. Dia tak tahu kita ni banyak kerja nak buat kat rumah tu, hurmmm.



Tapi tu laaa, kalau tak ada PI, tak ada pulak bahan nak mengonten, hehehe. Jadi, bersyukurlah ada penaja blog Alam Sari Di Tanah Jauhar kita. Kalau tak, tak adalah ole-ole dari Selatan nak kongsikan dengan pembaca.


Kali ni, Sk bawa pembaca ke Teko Cafe Kampung yang terletak di Jalan Permatang 3, Kempas berdekatan dengan Stesen Keretapi Kempas. Kafe ini dibuka setiap hari Jumaat hingga Selasa, jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada hari Rabu dan Khamis.



PI la yang buat carian tempat sarapan dan menemukan kafe ini di TT. Mudah sistem pesanan dia, tandakan menu pilihan di atas kertas pesanan yang diletakkan siap-siap di atas meja, kemudian hantar ke kaunter. Makanan akan dihantar ke meja, lepas makan baru bayar.


Tapi tu laaa, Sk dah berangan nak makan lempeng, lempeng mereka tak buat, mungkin tak cukup kakitangan.


Setelah berfikir nak makan lontong basah.. lontong kering? Lontong basah.. lontong kering, akhirnya Sk pilih lontong kering. Lauknya sambal kacang, serunding kelapa, sambal goreng dan ayam masak merah. Porsi dia ngam untuk satu perut, tak lebih tak kurang, harganya juga berpatutan.


PI pilih western breakfast. Dalam set tu ada roti bakar (mentega & kaya), telur hancur dan kacang panggang. PI add on sosej sebatang.



Pesan satu set roti bakar (mentega & kaya) juga. Roti Bakar kat sini dia bakar guna arang jadi teksturnya jadi rangup tapi tak berderai. Sk tak suka roti bakar guna toaster sebab biasanya akan jadi liat.


Cantik kejadian telur separuh masak untuk PI.


Orang JB atau siapa-siapa datang JB, silalah singgah. Memang tidak mengecewakan, insyaAllah.  

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lamanya tak ke Johor. Dulu belajar kat sana. Cie tak pernah makan lontong darat tu.

    ReplyDelete
  2. Bestnya orang Johor. Banyak pilihan makanan sedap. Kita ni entah bila lagi nak jejak Johor. Maklumlah tak ada jodoh....ahaks!

    ReplyDelete
  3. Rajin betul SK dan PI JJCM
    Kami berdua ni sebulan sekali pun payah

    ReplyDelete
  4. Betuuul lah. Roti kalo pakai toaster JD tak sedap setelah agak dingin. JD keras. Saya pun LBH suka kalo bakar pakai arang

    ReplyDelete
  5. suka vibe cafe ni...kehijauan...wahh..lontong kering...terliur sudah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!