Assalamualaikum WBT
KISAH BERCUTI KE PORT DICKSON
UNTUK rekod, ini kali ketiga Sk bercuti ke Port Dickson. Kali ni pergi berdua, Iman ada program sukarelawan di Kuching, Sarawak bersama team Universiti Tekologi Malaysia, Skudai. Ada beberapa universiti lain jugak yang join. Dari UTM, Skudai, ada 10 orang la termasuk Iman.
PI kongsikan dengan Sk, Kuih Bakar Arang di Jalan Pedas - Linggi. Sk masukkan dalam aplikasi waze, kami perlu keluar di Plaza Tol Pedas - Linggi kemudian keluar simpang kanan ni.
Alhamdulillah, tak jauh pun dari Plaza Tol, gerai Kuih Bakar Arang ni. Kalau di JB, Sk selalu beli Kuih Bakar Kak Maznah, tu yang PI bawa ke sini pulak.
Kecur tengok kuih-kuih bakar dalam talam ni tau.
Kuih Bakar Pandan
Kuih Bakar Labu
Kuih Bakar Durian
Kuih Bakar Daging akan ditaburkan daun sup dan hirisan cili selepas dibakar. Maaf, video ketika ditaburkan daun sup gagal dimuatnaik.
Harga kuih Bakar, beli banyak ada diskaun tau.
Proses pembakaran. Video gagal dimuatnaik, kita screen shot jer la eh.
Sk beli perisa pandan ni sebab dah biasa kalau beli kuih bakar mesti nak yang pandan ni, hehehe.
Terpaling favourite Kuih Bakar Daging. Dagingnya tu garing-garing gitu. Paling best bila ada aroma daun sup dan pedas sikit bila tergigit cili.
Kuih Bakar Durian ni favourite PI. Memang durian asli ya, bukan flavour durian dalam botol tu. Masa dia angkat, bergoyang inul kuihnya masa tengah panas-panas. Dah sejuk pun rasa lembab basah gitu.
Petang tu, bancuh Teh O Panas, berkeping-keping masuk perut, hehehe. Menurut penjual kuih bakar ni, semua perisa kecuali daging, tahan selama tiga hari di luar, manakala KB Daging, tahan sehari sahaja. Lepas sehari, kalau tak habis boleh masuk peti sejuk. Perisa selain daging, lepas tiga hari jika tak habis, masukkan dalam peti sejuk. Tapi, kalau dah masuk peti sejuk, dah lain la kan tekstur kuih bakar tu, baiklah makan cepat-cepat habiskan dalam masa tiga hari, aaaa.. gituuuuh.
Asik telan air liur je bila jenjalan blog SK ni tau.
ReplyDeleteKuih bakar memang kegemaran saya. Belum pernah makan yang ada daging.
Betul…ada makanan yang berubah tekstur bila masuk peti sejuk. Jadi kurang sedap.
Macam2 flavour ada..pandan tu mmg wajib kalo dah namanya kuih bakar...
ReplyDeleteAduh, kita yang dekat ni pun tak pergi-pergi lagi. Nampaknya kena pergi jugak ni sebab tergoda tengok macam-macam kuih bakar ada. Dahlah saya pun peminat kuih bakar. Sedap tu kuih bakar masak cara tradisional. Yang pandan tu memang wajib beli lah kan. Makan kuih bakar ni kena makan terus habiskan. Kalau kena simpan dalam peti ais tu nanti dah kurang rasa sedap dia. BTW, Video is unavailable. Tak tahu lah kot orang lain tengok ada. Mungkin internet saya problem.
ReplyDeleteInternet kita kot yang problem, hihi
DeleteKenapa bila saya pergi nak beli kuih bakar arang ini tak jumpa kedainya...
ReplyDeletePadahal kampung saya ini....
Yang saya jumpa kat gerobok salai jer
Aduh sedapnya dibakar atas arang! Confirm sedap.
ReplyDeleteSy teringin nak rasa kuih bakar labu tu...
Selamat bercuti dan beristeri rehat
ReplyDeleteAroma arang bakar tu yg menarik perhatian tu!
ReplyDeletemcm2 jenis kuih bakar ye...1st time tgk kuih bakar ada daging tu
ReplyDeleteNi fav suami SA gak ni...selalu beli kat alot gajah..eh boleh la ke sini cuti2 ni..x jauh pun dari rumah
ReplyDeletePanjang langkah Iman ye, aktif betul dia.
ReplyDeleteKuih bakar tu saya suka sangat terutama yang pandan tu.