MAKAN DI RESTORAN TOMYAM HOTPOT CHIANG MAI @ TEMERLOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


DAH hari khamis hari ni dan yang paling best dah 25 haribulan, hehehehe. Tapi tu la, dulu-dulu gaji masuk awal pagi sebelum subuh. Sekarang, pukul 9 ke 10 pagi baru masuk. Walaupun semua ada online banking untuk semak tapi ada seorang yang rajin akan beritahu dalam grup whatsapp. Selain beritahu bila gaji dah masuk, beliau jugak selalu update waktu solat setiap hari. Lepas tu, setiap kali masuk waktu solat, dia akan ingatkan. Banyak betul pahalanya menyampaikan berita gembira dan memberitahu waktu solat. Semoga Allah swt kurniakan syurga untuk beliau.



Baiklah, lagi cerita semasa ke Temerloh tuari. Selain menghadiri Majlis Pertunangan anak saudara, kami juga ambil kesempatan untuk JJCM. Malam terakhir, PI mengajak makan malam di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai by Selera Tokma.


Antara menu wajib cuba di sini adalah Thai Miang Pla Pào, Thai Kerabu Maggie Udang dan Oyster with Thai Homemade Sauce. Tapi, satu pun kami tak pesan. Sebenarnya masih kenyang lagi makan nasi lauk kari daging siangnya campur penat menunggu yang tak hilang, selera makan pun tak berapa nak ada. Tapi, macam tak cukup syarat pulak kalau tak keluar makan, huhu.


Untuk pesanan, kita kena tulis sendiri pada kertas pesanan ni dan serahkan pada staf. Tak perlu pergi ke kaunter, mereka akan datang ambil di meja.


Orang ramai tapi servis bagus dan cepat jugak mereka menghidangkan pesanan di meja. Tengok tu, selambak nasi, boleh makan dua orang ni. 


Jus tembikai untuk PI dan Mangga Float untuk TTK. 


Nampak penuh, rupanya ais yang buat penuh. Sekali sedut tinggal separuh.


Tomyam Hotpot Chiang Mai. Banyak betul isinya tuuuu.


Ada udang galah, kupang, lala, siput buluh, sotong, cendawan, kupang.. lagi apatah. Berbaloi la macam ni RM24 tapi... terlalu kuat rasa pes tomyam. Berdesing lidah dibuatnya. 


Kami tambah telur dadar dan sayur campur. Sk rasa, lebih banyak makan sayur, telur dadar dengan sambal belacan tu. Mujurlah Sk ni bukan jenis yang terus curah kuah dalam nasi. Selebihnya, Sk ratah haiwan laut dalam tomyam tanpa mengambil supaya. 


Memang tak habislah tomyamnya, PI kata tinggal jer tapi Sk sayang, Sk mintak bungkus. Kotlah dekat hotel nanti rasa lapar balik, kan. Bolehlah ratah tomyam. Tapi, tak pun, huhuhu.


Nampak Temerloh Bistro (kedai mamak) masa nak balik hotel. Nak hilangkan rasa pes tomyam tu, PI makan roti canai dengan kari, hihihi. Barulah lega, kata PI, hahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriah isi hotpot tu, puas hati makan. Mangga float tu menggoda betullll

    ReplyDelete
  2. sedap tgk menu tomyam yg byk isi tu..ingt SK order set raja seafood tu tgk dlm tu ada udang galah..mangga float fav

    ReplyDelete
  3. mak aii tomyam.. sampai terjulur keluar sepit udang tu hehe.. puas hati makan tu

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada kawan macam tu. Senang kerja kita juga ada yang inform dan ingatkan.
    Umangaii penuh pinggan nasi tu. Servis cepat tu bagus. Nanti kalau tunggu lama, lagi hilang rasa mood nak makan.
    Hahah, benci betul bekas air macam tu. Tinggi bukan main, air seciput je. Dahlah ais banyak.
    kita tergoda dengan Tomyam Hotpot Chiang Mai tu. Untung tu banyak isinya. Tapi kurang kena dengan selera lah pulak ye.
    Boleh pulak dia bilas lidah dengan roti canai dan kari. Dia punya lega tu macam selesai segala masalah. hihi...ada-ada je.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tomyam tu..rupanya rasa pes kuat ye...kalau SA pun akan buat macam SK, ratah je lauk2 dia...supnya x hirup...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!